A-EnrichGold-i

Untitled Document
Pelan simpanan jangka masa pendek dalam masa 10 tahun yang menyediakan pendapatan berjadual untuk menyokong keperluan hidup anda. Pelan ini sesuai bagi sesiapa yang mempunyai perancangan untuk mencapai pencapaian tertentu dalam hidup seperti persaraan awal , menanggung kos pembelajaran anak-anak di kolej/universiti atau pergi Haji , Umrah atau ziarah.
Pelan ini akan matang pada tahun ke-10 dan pencarum boleh mengembangkan simpanan anda hingga tahun ke-25 bagi mendapatkan pulangan yang maksimum tanpa mencarum lagi pada tahun ke-11 hingga tahun ke-25. Anda akan memperoleh faedah setiap tahun dari tahun ke-11 hingga tahun ke-25 berserta faedah pelaburan dari dana yang dibuat.
Contoh : Jika anda mengambil perlindungan (sum covered) RM100,000, maka setiap 2 tahun anda akan mendapat RM5,000 sehingga tahun ke 10, atau dengan perlindungan minima RM30,000 anda boleh mendapatkan RM1,500 setiap 2 tahun secara konsisten.
Jika anda ingin melanjutkan simpanan selama 25 tahun bagi mendapatkan pulangan yang maksimum, anda bolh terus menyimpan di syarikat kami dan pada tahun ke 11 hingga 20, 8% dari jumlah perlindungan (sum covered) akan diberikan kepada pencarum, dan pada tahun 21 hingga 25, 12% dari jumlah perlindungan akan diberikan kepada pencarum.
Jumlah perlindungan : RM100000
  • Tahun 2 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 4 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 6 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 7 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 10 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun ke 11 hingga 20 - 8% dari RM100000 = RM8000 (setiap tahun)
  • Tahun ke 21 hingga 25 - 12% dari RM100000 = RM12000 (setiap tahun)
Jumlah keseluruhan selama 25 tahun RM165000. Pulangan simpanan adalah lebih dari 100% dijanjikan.

Video berkaitan A-Enrich Gold-i Dan Muat Turun Risalah