A-LifeMedRegular-i


Perlindungan Perubatan Komprehensif

Pelan perubatan lengkap dan menyeluruh merupakan keperluan asas bagi setiap individu dan keluarga . Ia akan memberikan anda kualiti dan rawatan yang berterusan serta penjagaan kesihatan untuk anda dan kesejahteraan insan tersayang , disamping membantu untuk mengelak dari kesan inflasi kos perubatan.



Memperkenalkan pelan perubatan (A- Life Med Regular – i)  dari AIA Public Takaful, satu pelan Takaful perubatan (standalone) yang menawarkan kemasukan ke hospital yang menyeluruh dan manfaat kos pembedahan/perubatan sehingga umur 100 tahun. Dengan pelan ini , anda boleh menikmati manfaat perlindungan rawatan perubatan tahunan berjumlah bermula dari RM100000 hingga RM260000, tanpa Ko - takaful dan tiada had Sepanjang Hayat , dan juga 24 jam bantuan tidak kira di mana anda berada melalui Program bantuan Kecemasan Rujukan (Referral Emergency Assistance Programme).



Selain itu, pelan ini mempunyai manfaat perlindungan Keluarga dimana ianya membolehkan anda untuk memperluaskan perlindungan perubatan yang anda dapat bersama pasangan dan anak-anak anda . Apabila anda mendapatkan pelan perlindungan (A-LifeMed Regular-i) ini, anda akan menerima kad perubatan dengan fungsi “SWIPE” seperti Kad Kredit, untuk memudahkan kemasukan anda ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Dengan kad perubatan ini , kini anda boleh pergi ke mana-mana hospital panel AIA untuk mendapatkan rawatan mudah percuma.



Kad Perubatan ini juga adalah kad perubatan takaful yang paling cemerlang dan ianya telah diiktiraf sebagai “MOST OUTSTANDING TAKAFUL PRODUCT” di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) 2014. Kad Perubatan ini telah diiktiraf untuk kali kedua setelah kejayaannya pada 2012.





Kelebihan Kad Perubatan AIA Public Takaful

  • Keutamaan "PRIORITY" diberikan pada pemegang polisi kad AIA Public Takaful
  • TIADA KO-TAKAFUL  
  • KEMUDAHAN KECEMASAN ANTARABANGSA SEHINGGA USD 1 JUTA (For medical evacuation only)
  • Faedah bilik wad + makan sehingga 120 hari setahun (lebih 4 bulan) dan Faedah ICU sehingga 120 hari setahun (4 bulan)
  • Faedah caj lawatan doktor ke wad (In-Hospital Visit) sehingga 240 hari setahun
  • Faedah rawatan pesakit luar untuk dialysis buah-pinggang dan kanser
  • Faedah penjagaan anak di hospital (untuk katil tambahan and makan minum penjaga ketika di hospital)
  • Perlindungan perubatan meliputi seluruh dunia (sakit atau kemalangan di mana-mana pun, anda dilindungi) **paid & claim
  • Had Tahunan bermula serendah RM100000 dan TIADA Had Seumur Hidup
  • Pembaharuan Terjamin (sehingga umur 100 tahun) selagi jumlah keseluruhan tuntutan tidak melebihi had seumur hidup
  • Penjagaan Kejururawatan di Rumah (bila diperlukan sahaja)
  • Kemudahan membawa jenazah pulang ke Malaysia jika meninggal dunia di luar negara (Asia Assistance)
  • Meliputi 86 panel  hospital swasta di seluruh Malaysia termasuk SJMC, Tawakal, Pusrawi, IJN & GlenEagles.
  • Bayaran bil termasuk cukai kerajaan dan yuran laporan perubatan
  • Tuntutan-semula untuk rawatan lanjutan (follow-up treatment) dalam masa 120 hari selepas keluar hospital
  • Elaun Harian sehingga 120 hari setahun untuk kemasukan ke hospital kerajaan (100% kerajaan)
  • Faedah Ujian Diagnostic dan Konsultansi Pakar dalam masa 60 hari sebelum pembedahan

Ringkasan kelebihan Kad Perubatan AIA Public Takaful



Ringkasan harga Kad Perubatan AIA Public Takaful


  • Secara amnya gambaran plan diatas ini memberikan perlindungan tanpa limit sepanjang hayat, had tahunan RM100,000 dan bilik penginapan RM150 sehari.
  • Harga diatas adalah untuk plan yang paling minima sahaja dan had umur untuk peserta berumur 30 tahun dan ke bawah.
  • Untuk pelan keluarga, apabila anak-anak telah dewasa iaitu lebih daripada usia 23 tahun, anda boleh "down-grade" pelan keluarga pada pelan pasangan suami isteri yang harganya lebih rendah dari pelan keluarga.

Video berkaitan Kad Perubatan Dan Muat Turun Risalah

A-Life MedRegular-i