Pelan Perlindungan Perubatan Individu Dan Keluarga
Pengenalan Kad Perubatan (Medical Card)
Kad Perubatan (Medical Card) merupakan manfaat perlindungan bagi
menanggung Kos Rawatan Hospital terutamanya Hospital Swasta.
Objektif utama untuk perlindungan ini adalah untuk menanggung segala kos
yang di kenakan oleh pelanggan tanpa mengenakan bayaran daripada pelanggan
(orang yang dilindungi) kepada pihak Hospital (cashless).
Kad Perubatan di AIA Public Takaful
Di AIA Public Takaful terdapat 2 JENIS pilihan perlindungan perubatan :- Kad Perubatan (Standalone)
- Kad Perubatan (Rider)
Secara ringkasnya kad perubatan (Standalone) adalah pelan perubatan yang hanya mempunyai manfaat kos rawatan perubatan sahaja dan tiada manfaat sampingan lain seperti simpanan dan pelaburan. Kebiasaannya pelan ini lebih MURAH berbanding kad perubatan (Rider) . Manakala kad perubatan (Rider) adalah pelan perubatan yang mempunyai manfaat lain seperti pelaburan dan simpanan. Biasanya setiap bayaran tahunan yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat dan manfaat pelaburan akan diberikan kepada pemegang polisi. Pelan ini lebih baik berbanding kad perubatan (Standalone) dan semestinya yang terbaik bayarannya sedikit tinggi.
Anda sebagai pemegang polisi seharusnya faham tentang kedua-dua pelan ini kerana kedua-duanya (standalone / rider) mempunyai kelebihan dan kekurangan. Apa yang PENTING, pilihan atas pengguna dan ianya terpulang kepada KEPERLUAN masing2.
Ringkasan Perbezaan Kad Perubatan (Standalone) Dan Kad Perubatan (Rider)
Jadual Manfaat Pelan Kad Perubatan AIA Public Takaful
Di bawah adalah manfaat kad perubatan di AIA Public Takaful :
- Kad Perubatan (Standalone)
- Pelan 150, Pelan 200, Pelan 250
- Kad Perubatan (Rider)
- Pelan 100, Pelan,150, Pelan 200, Pelan 250, Pelan 300, Pelan 400, Pelan 500
- Keutamaan "PRIORITY" diberikan pada pemegang polisi kad AIA Public Takaful
- TIADA KO-TAKAFUL
- KEMUDAHAN KECEMASAN ANTARABANGSA SEHINGGA USD 1 JUTA (For medical evacuation only)
- Faedah bilik wad + makan sehingga 120 hari setahun (lebih 4 bulan) dan Faedah
ICU sehingga 120 hari setahun (4 bulan)
- Faedah caj lawatan doktor ke wad (In-Hospital
Visit) sehingga 240 hari setahun
- Faedah rawatan pesakit luar untuk
dialysis buah-pinggang dan kanser
- Faedah penjagaan anak di hospital (untuk
katil tambahan and makan minum penjaga ketika di hospital)
- Perlindungan perubatan meliputi seluruh dunia (sakit
atau kemalangan di mana-mana pun, anda dilindungi) **paid & claim
- Had Tahunan bermula serendah
RM100000 dan TIADA Had Seumur Hidup
- Pembaharuan Terjamin (sehingga umur 100 tahun)
selagi jumlah keseluruhan tuntutan tidak melebihi had seumur hidup
- Penjagaan Kejururawatan di Rumah (bila diperlukan sahaja)
- Kemudahan membawa jenazah pulang ke
Malaysia jika meninggal dunia di luar negara (Asia Assistance)
- Meliputi 86 panel
hospital swasta di seluruh Malaysia termasuk SJMC, Tawakal, Pusrawi,
IJN & GlenEagles.
- Bayaran bil termasuk cukai
kerajaan dan yuran laporan perubatan
- Tuntutan-semula untuk rawatan lanjutan (follow-up
treatment) dalam masa 120 hari selepas
keluar hospital
- Elaun Harian sehingga 120
hari setahun untuk kemasukan ke hospital kerajaan (100%
kerajaan)
- Faedah Ujian Diagnostic dan Konsultansi
Pakar dalam masa 60 hari sebelum pembedahan
Ringkasan kelebihan Kad Perubatan AIA Public Takaful
Ringkasan harga Kad Perubatan AIA Public Takaful
- Secara amnya gambaran plan diatas ini memberikan perlindungan tanpa limit sepanjang hayat, had tahunan RM100,000 dan bilik penginapan RM150 sehari.
- Harga diatas adalah untuk plan yang paling minima sahaja. Inshaallah apabila kita berjumpa, anda akan ditunjukan pilihan pilihan yang lain dengan limit tahunan dan bilik penginapan yang lebih tinggi.
- Apabila anak anak telah dewasa iaitu lebih daripada usia 23 tahun, untuk yang mengambil pelan keluarga maka anda perlu down-grade package keluarga pada package pasangan suami isteri yang harganya lebih rendah dari package keluarga.
0 comments :
Post a Comment