"Most Outstanding Takaful Product" - Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2012,2014

  • "REAL LIFE COMPANY"

    AIA Public Takaful Berhad adalah syarikat perlindungan perubatan dan pelaburan yang berlandaskan syariah..

  • Perlindungan Perubatan

    Perlindungan limit tahunan yang tinggi, tiada Ko-Takaful, tiada limit seumur hidup dan beberapa manfaat lain antara sebab mengapa anda perlu mempunyai perlindungan dari syarikat kami..

  • Pelaburan

    Pulangan pelaburan yang tinggi dan rendah risiko antara sebab ramai mempercayai syarikat kami...

Friday, 8 April 2016

Pembayaran Sijil Takaful melalui Maybank2u

Berikut adalah sedikit panduan untuk semua client saya bagi proses pembayaran sijil takaful melalui transaksi maybank2u.

Langkah 1 : Pilih Bill Payment > Make a one-off payment




Langkah 2 : View all payees by category > Pilih Insurance & Takaful



Langkah 3 : Pilih AIA Public Takaful Berhad




Langkah 4 : Masukkan Amount (Jumlah bayaran termasuk GST) dan Policy Number (Nombor Polisi Takaful anda)



Langkah 5 : Simpan resit pembayaran melalui maybank2u untuk rujukan anda.

** Sila pastikan bayaran dibuat mengikut tarikh "Due Date" yang telah ditetapkan AIA. Jika pembayaran lambat dilakukan berkemungkinan sijil takaful anda untuk "Lapsed" adalah tinggi. Ini akan menyebabkan proses kemasukan anda ke hospital untuk rawatan akan ditolak.

Tuesday, 8 March 2016

TESTIMONI : MEDICAL CARD PENIPU!

Assalammualaikum W.B.T..

MEDICAL CARD PENIPU!!

Mesti semua tertanya-tanya apa yang medical card ni menipu. Berikut sedikit sebanyak perkongsian customer kami yang menggunakan Medical Card AIA Public Takaful..




1st experience admit private hospital.
### MEDICAL CARD PENIPU! ####
===================
Anak aku musfy dah seminggu demam.
On off on off.. Malam tadi still same mcm malam-malam lepas, meragam! Tidur tak lena, asik batuk-batuk muntah dan ngadu susah nak nafas.
Farmacy dah pegi, doktor dah jumpe, tapi still badan lemah, selera makan xde dan y paling aku lemah, nak senyum kat aku pon susah.
Malam tadi aku panik sekejap, pegang dada anak aku, rase lain macam laju jantung die berdegup, mcm org tengah lumbe lari, tapi terbaring lemah je. Aku fikir xpelah, xde ape kot, tepuk-tepuk biar die tidur, nanti baik lah tu. Mungkin penat bermain siang tadi. Wife bagi cadangan, "jom lah bawa musfy ke hospital, check ape yang patut, die kan ade MEDICAL CARD". Aku jawab, " betul jugak, tapi medikal kad tu gune utk sakit-sakit serius je. Takkan lah demam pon nk pakai medikal kad". Xpelah, esok tengok macam mana ye, kate aku habiskan bual.
Pagi jumaat aku bangun check balik keadaan musfy, rase kepale die panas sangat, pastu try kejut, tak bangun-bangun, rase dada die pun same macam malam tadi,laju lain macam. Nafas pon jelas nampak susah. Aku dah mule nak panic. Aku pon ape lagi, siap-siap lah nak ke hospital.
Mule aku ke hospital SALAM specialist, datang kaunter cakap nk jumpa doktor. Saya ada MEDICAL CARD, tolong daftarkan anak saya segera. En kaunter pon ambik lah anak aku punya myKid dan MEDICAL CARD. Tup-tup selang 5 minit die panggil, maaf en kami tak dapat terima anak en kerana wad kami telah penuh. HEMPEH! Time-time nih la nak wad penuh.
Aku bergegas pulak ke hospital KPJ. Ini lagi aku tak boleh terima. Nak kate punye lah ramai orang, sampai tempat parking emegency pon orang sapu.
Ramai orang, xde wad kosong!
Tak boleh jadi, aku bergegas ke hospital COLUMBIA pula.
Jam dah 1.30pm. Zohor dah masuk, waktu JUMAAT. Anak aku tak settle lagi, nk tinggalkan wife uruskan anak macam susah, sebab tengok dia jaga anak lelaki aku mishary pun macam dah tak cukup tangan.
Tanpa fikir panjang, aku terus ke kaunter kecemasan. "En, anak saya deman panas dan sukar bernafas, boleh tak beri rawatan segera pada anak saya?" Saya ade MEDICAL CARD. Dengan selamber cik di kaunter tu jawab, "maaf en, waiting list untuk masuk wad pun dan double booking. Wad semua dah penuh. En tunggu sebentar, saya panggilkan dokter untuk beri pemeriksaan awal dahulu". Hampeh betol! Memang hari nie sume orang sakit ke? Takkan satu bilik pon takde yang kosong?
Lepas 10 minit sorang doktor cine datang, die panggil masuk dan buat pemeriksaan. Die tanya ape history selame seminggu untuk anak aku. Lepas habis die diagnos, die pun cakap, anak en ade jangkitan di paru-paru. Oksigen di dalam paru-parunya amat kurang, sebab itu jantung dia terpaksa bergerak laju untuk mengepam oksigen ke dalam paru-paru. Suhu badannya juga tinggi. 38.7c . Dia harus di tahan wad dan segera di berikan rawatan.
Bile aku dengar je dokter cakap macam tu, aku dah panic. Aku tanya dokter, macam mana dokter? Wad ada tak untuk anak saya? Dokter pandang aku 2 kali. Saya minta maaf en, wad di sini memang telah penuh. Saya akan cuba dapat kan hospital lain yang berhampiran untuk kes anak en.
Dokter call KPJ untuk pastikan ade wad. Jawapan yang sama, PENUH! Dokter call hospital MAWAR specialist. Sama juga. PENUH! Last choice hospital NSCMH medical centre. Dokter call dan dapat tahu hanya tinggal 2 sahaja bilik kosong.
Oleh kerana kes anak aku nie boleh di katakan kes kecemasan, jadi dokter siapkan report terus untuk di bawa ke NSCMH sebagai referer bila tiba di sana nanti. Aku terus bergegas untuk kejar 2 bilik wad yang tinggal demi untuk dapatkan rawatan terbaik untuk anak aku.
Setiba di sana, anak aku terus di bawa ke emegency site, jumpe dokter dan serahkan surat dari Columbia tadi. Sekali lagi dokter tanya aku history utk ana aku selama seminggu. Die diagnos betul-betul untuk pastikan ape treatment yang terbaik untuk di berikan. Musfy harus jalani ujian darah, buat X-ray pada dada dan di berikan bantuan oksigen sebagai rawatan awal. Lepas anak aku dh baring atas katil dan dah mule di berikan rawatan baru lega sedikit hati.
Aku kemudian terus ke kaunter pendaftaran untuk uruskan admition. Cik kaunter minta myKid dan MEDICAL CARD anak aku. Tak lame lepas tu die pun cakap " ok en, anak en boleh terus admit dan dapat rawatan di sini, tapi en bersedia tak untuk bayar sendiri sekiranya kad belum boleh di gunakan lagi? Malas aku fikir-fikir, aku jawab je saya sedia. Settle.
Aku terus call agen takaful untuk laporkan kes anak aku dan bertanyakan status MEDICAL CARD. Setelah die semak semua, by right memang anak aku covered, cume umur polisi tak cukup 90 hari untuk MEDICAL CARD tu guna CASHLESS "swap utilities". Memang tertulis pada polisi, pada tempoh sekian kes anak aku kene PAY & CLAIM. Aku terima je, sebab memang ade agen aku cakap pasal tempoh tu dulu.
Dokter panggil aku dan sahkan yang anak aku mengidap Pneumonia. Dr Rubini name die. Anak aku akan di tahan wad selama 3 ke 5 hari. Dokter bagi anak aku wad Cinderalla (wad single). Aku tengok wad tu dah tak macam wad tapi playground untuk budak-budak. Memang 1st class. Bermulelah perkampungan Cinderella aku dan wife malam tu.
Lepas dokter buat Round table, die kate "jangan risau, anak en stabil dan akan pulih normal". Setelah selesai, die pun nak tinggalkan kami untuk ke wad lain, aku pun pergi ke luar wad dan bertanyakan sesuatu.
Aku : dr, agaknya anak saya akan di tahan berapa lama ye? Makin lame di tahan mesti makin tinggi kos kan? Berapa average cost ye untuk kes anak saya?
Rubini : depends situation en. Paling cepat dalam 3 hari dan paling lambat mungkin seminggu. Kos rawatan dalam lingkungan 3 - 5 ribu . Saya akan cube yang terbaik.
Aku : terima kasih doktor. Saya amat hargainya
Aku tanye tu bukan sebab risau anak aku tak boleh sembuh, tapi risau duit nk kene bayar nanti bile dah sembuh. 5k bulan sikit2. Nak tak nak kene terima. Demi anak aku.
Selang beberapa jam, aku dapat panggilan dari administration, hati aku dah berdebar. Die nak mintak duit deposit lah nie, kata hati aku.
Sampai kaunter, cik kaunter bagi tahu. Tahniah en. GL (guarantee letter) kami, AIA telah approved. Semua kos anak en di biayai AiA. Wow! Ini berite baik !
Memang PENIPU punye AiA, anak aku punya policy mule 8.1.16, sah kene Pneumonia dan warded 4.3.16. Belum cukup tempoh ikut policy untuk dapat Full coverage + swap utilities tapi die selumber APPROVED kes anak aku.
Terima kasih AiA
Terima kasih agen ! حسن محمد Hassan Muhamad
اللهم اشفها شفاء عاجلا
Seminggu aku berkampong di Cinderella ward dengan hati yang gumbira! smile emoticon smile emoticon smile emoticon

Sunday, 6 December 2015

KLIFF 2015 "The Most Outstanding Takaful Product 2015" - AIA Public Takaful Bhd (A-LifeLink-i)

Assalammualaikum W.B.T & Selamat Sejahtera semua..

Baru-baru ini telah berlangsungnya Kuala Lumpur Islamic Financial Forum 2015 kali ke-12 di The Royale Chulan Kuala Lumpur. Forum ini berlangsung bertujuan untuk mengiktiraf usaha keras dan sumbangan oleh pihak individu dan institusi dalam membangunkan industri kewangan Islam. Banyak anugerah yang dipertandingkan dan salah satunya adalah pengiktirafan bagi produk takaful di Malaysia.



 

 

The Most Outstanding Takaful Product

Di KLIFF 2015, banyak pencalonan telah dibuat & salah satunya adalah produk takaful. Alhamdulillah, buat kali ketiga AIA Public Takaful telah memenangi anugerah "The Most Outstanding Takaful Product" melalui produk A-LifeLink-i.

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!.. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat dijadikan pemangkin semangat kepada semua Life Planner yang bernaung di bawah syarikat ini dalam memberikan kesedaran takaful kepada orang ramai disamping perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan-pelanggannya. 



Tuesday, 1 December 2015

Multi Million Dollar Agency - Imtiyaz Consultancy

Tahniah kepada pengasas Imtiyaz Consultancy En Wan Zaini bin Wan Hassan atas kecemerlangan agensi beliau menjadi Agensi Bumiputera pertama mencapai status Multi Million Dollar Agency. Tahniah juga Life Planner yang bernaung di bawah agensi  beliau, kerana dengan kerjasama antara satu sama lain berjaya merealisasikan agensi ini sebagai agensi terbaik pernah dilahirkan di AIA Public Takaful. 10 Million bukanlah satu angka yang sedikit dan semoga agensi ini terus kekal cemerlang.



























Bagi sesiapa yang ingin menyertai agensi ini sebagai Takaful Planner, boleh lah hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut.





Tuesday, 20 October 2015

Imtiyaz Consultancy - Anugerah Cemerlang Ketua Agensi Bumiputera (Anugerah Emas)

Assalammualaikum W.B.T & Salam Sejahtera..

Tahniah kepada En Wan Zaini Bin Wan Hassan atas kemenangan anugerah cemerlang Ketua Agensi Bumiputera dari The Malaysian Insurance Institute (MII) untuk tahun 2015 di Konvensyen Agen Insurans Hayat Bumiputera 2015 yang berlangsung di Hotel Renaissance pada 17 October 2015 baru-baru ini.

Kecemerlangan ini juga hasil titik peluh beliau & ejen-ejen takaful yang bernaung di bawah agensi beliau.

Sedikit kata-kata dari beliau untuk renungan kita bersama :

"Jangan lihat kekuatan orang lain sebagai kelemahan diri kita, kerana kita dilahirkan semuanya sama dan hanya usaha dan semangat kita yang membezakan kita dengan orang lain"






Semoga kecemerlangan ini akan berterusan sehingga bila-bila agar menjadi pemangkin semangat kepada ejen-ejen takaful yang bernaung di bawah agensi beliau.

Bagi sesiapa yang ingin mnceburi bidang takaful sebagai kerjaya, boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Rizuan Imtiyaz Al-Fateh
013.370.4616
rizuan.aia@gmail.com

Wednesday, 23 September 2015

Apakah pengecualian-pengecualian UTAMA perkara yang MEDICAL CARD TAK COVER?


Salam semua..

Saya seringkali diajukan soalan-soalan seperti ini dari klien-klien baru yang ingin mendapatkan pelan perubatan takaful dari AIA Public Takaful, Pada entri kali ni saya nak kongsikan beberapa pengecualian-pengecualian UTAMA perkara yang MEDICAL CARD AIA yang tak cover. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua. 


Pelan ini tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu daripada kejadian yang berikut:


  1. Penyakit Sedia Ada;
  2. Penyakit Tertentu;
  3. Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, dan juga keabnormalan fizikal neo-natal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran. Ini termasuklah segala jenis hernia dan epilepsi kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma yang berlaku selepas tarikh Orang Dilindungi menerima perlindungan secara berterusan di bawah Sijil ini dan sebarang keadaan-keadaan kongenital yang telah wujud atau didiagnosis sebelum Orang Dilindungi mencapai umur 17 tahun;
  4. Sebarang kecacatan yang disebabkan oleh kecederaan diri sendiri yang disengajakan atau sebarang percubaan mencederakan diri ketika siuman atau tidak siuman;
  5. Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau mana-mana operasi seakan peperangan;
  6. Perkhidmatan dalam angkatan tentera dalam masa yang diisytiharkan atau tidak diisytiharkan perang atau semasa di bawah arahan operasi seakan peperangan atau pemulihan ketenteraman awam;
  7. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan;
  8. Kehamilan, keguguran atau kelahiran anak;
  9. Gangguan mental atau saraf, rawatan ketagihan alkohol, atau salah guna dadah atau apa-apa komplikasi lain yang timbul daripadanya atau apa-apa kemalangan disebabkan dadah yang tidak dipreskripsikan oleh doktor yang merawat;
  10. Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan (kecuali berkhatan yang disebabkan jangkitan), pemeriksaan mata/pembedahan elektif untuk gangguan visual disebabkan oleh rabun dekat, rabun jauh atau keastigmaan atau radius keratotomy; semua kaca pembetulan, kanta sentuh dan kanta intraokular (kecuali kanta-kanta intraokular mono-fokus dalam katarak) pembedahan atau penggunaan atau perolehan peralatan atau peranti prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, dan preskripsi-preskripsi yang serupa dengannya; Kosmetik atau pembedahan plastik atau apa-apa pembedahan elektif; Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian melainkan perlu dilalukan akibat kecederaaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti jambatan (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya;
  11. Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian melainkan perlu dilalukan akibat kecederaaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti jambatan (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya;
  12. Kemasukan hospital terutamanya untuk tujuan-tujuan pemeriksaan, diagnosis, pemeriksaan X-ray, pemeriksaan-pemeriksaan fizikal atau perubatan umum, tiada kaitan dengan rawatan atau diagnosis Kehilangan Upaya Dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi Perubatan dan sebarang rawatan-rawatan pencegahan, ubat-ubatan atau pemeriksaan-pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, vitamin-vitamin/makanan-makanan tambahan dan rawatan-rawatan spesifik untuk penurunan atau penambahan berat;
  13. Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi Perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih;
  14. Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil ini, mengikut mana-mana yang terkini kecuali Kecederaan Dilindungi; 
  15. Sinaran pengion atau pencemaran oleh radioaktiviti dari sebarang tenaga nuklear atau sisa nuklear dari proses pembelahan nuklear atau dari sebarang bahan senjata nuklear.



Wednesday, 26 August 2015

Promosi Merdeka 2015!!


Assalammualaikum W.B.T & Salam Sejahtera semua..


Sebelum itu, ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-58 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi kepada semua rakyat Malaysia khususnya. Semoga hari kemerdekaan kali ini disambut dengan aman, bahagia & sentosa.



Tinggal beberapa hari sahaja lagi Hari Kemerdekaan akan tiba. Saya ingin menarik minat kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang belum memiliki sebarang pelan perubatan dengan berkongsi manfaat perlindungan perubatan daripada AIA Public Takaful. Semoga sesiapa yang membaca akan mendapat manfaat daripadanya.


Antara manfaat utama Unlimited Gold Medical Card AIA Public Takaful:

*Kemasukan Hospital dengan kemudahan "Just Swipe"
*Perlindungan Pilihan untuk Keluarga Anda
*Tiada Ko-Takaful untuk Jumlah Tuntutan sehingga Had Tahunan
*Tiada Had seumur hidup 





PROMOSI MERDEKA!! - POTONGAN 5% AKAN DIBERIKAN

Bersempena sambutan merdeka kali ke-58 ini, saya ingin memberikan potongan harga sebanyak 5% bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pelan perubatan daripada AIA Public Takaful atau menambahbaik pelan takaful sedia ada.

Promosi bermula dari tarikh Hari Ini - 31 Ogos 2015. Semoga bagi sesiapa yang masih mencari-cari pelan perubatan yang mempunyai perlindungan maksimum boleh la segera hubungi saya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya:

Rizuan 013-3704616
AIA Public Takaful Life Planner
KL Imtiyaz Al-Fateh Empire
rizuan.aia@gmail.com





Wednesday, 5 August 2015

Business Opporturnity Program (Jumaat - 7 Ogos 2015)

Assalammualaikum W.B.T & Salam Sejahtera


  • Anda masih tercari-cari peluang kerjaya? 
  • Ada / Tiada pengalaman dalam bidang takaful?
  • Inginkan pendapatan yang tinggi (Unlimited Income)?
  • Rajin berusaha, sentiasa positif & tidak mudah putus asa?
  • Ingin mengubah nasib untuk lebih berjaya?
  • Ingin berpendapatan tinggi tanpa modal yang tinggi?

Sila hadir ke taklimat berikut seperti di bawah



Antara manfaat-manfaat yang anda dapat jika menceburi bidang takaful :
  • Pendapatan tinggi (Unlimited Income) jika rajin berusaha
  • Bonus tahunan sebanyak 3 kali setahun.
  • Komisen yang tinggi
  • Berpeluang bercuti ke luar negara secara percuma
  • Berpeluang kenaikan pangkat dengan cepat


Jika anda adalah orang yang kami cari & ingin bertekad dan bersungguh-sungguh ingin mengubah cara hidup / pendapatan anda. Sertailah kami..

Hubungi saya: 
Rizuan Amat
AIA Public Takaful Planner
KL Imtiyaz Al-Fateh Empire
013-3704616