"Most Outstanding Takaful Product" - Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2012,2014

  • "REAL LIFE COMPANY"

    AIA Public Takaful Berhad adalah syarikat perlindungan perubatan dan pelaburan yang berlandaskan syariah..

  • Perlindungan Perubatan

    Perlindungan limit tahunan yang tinggi, tiada Ko-Takaful, tiada limit seumur hidup dan beberapa manfaat lain antara sebab mengapa anda perlu mempunyai perlindungan dari syarikat kami..

  • Pelaburan

    Pulangan pelaburan yang tinggi dan rendah risiko antara sebab ramai mempercayai syarikat kami...

Thursday, 29 January 2015

Soalan : Kalau ambil Pelan Keluarga, betul ke orang cakap had tahunan kongsi ayah, ibu dan anak?

Assalammualaikum W.B.T & Salam Sejahtera..

Setiap kali saya berjumpa dengan klien baru, masing-masing bertanyakan soalan yang sama tentang perkara ini. Mudah-mudahan apa yang saya terangkan dibawah ini dapat menjawab persoalan yang diajukan.




Antara perbualan yang selalu dibincangkan :

"
klien A : Betul ker dapat harga RM321 sebulan ni utk satu keluarga? Cover suami, isteri dan 4 orang anak?

Rizuan : Betul, harga ni tertakluk pada umur pemegang polisi. Selalunya umur 29 tahun ke bawah, untuk pelan Medical Card memang dapat harga ni untuk sekeluarga. Tetapi bilik 150 dan manfaat had tahunan RM100,000.

klien A : Bagus la plan dari AIA Public takaful ni. Agak berbaloi kalau kita nak dapatkan manfaat Medical Card sahaja. Tapi betul ker orang cakap, manfaat tahunan RM100,000 tu share setiap orang? Macam rugi je setiap orang dapat RM16,000++.

Rizuan : Siapa yang cakap macam tu? Boleh saya tau? (**sambil gelak dalam hati). Sebenarnya apa yang tuan dengar tu tak betul. Sebenarnya had tahunan tu adalah RM100,000 setiap seorang. 

Ayah -   RM100,000
Ibu -      RM100,000
Anak1 - RM100,000
Anak2 - RM100,000
Anak3 - RM100,000
Anak4 - RM100,000


Klien A : OOOO... so RM600,000 la had tahunan satu family? so apa yang orang cakap tu tak betul la? Nasib baik saya berjumpa terus dengan En Rizuan. Kalau tak memang salah info la saya dapat.

"

**Lebih kurang mcm ni la perbualan dengan klien baru, tetapi perbualan saya tulis ni agak formal la.. In reality it's like normal conversation.

Disini saya ingin menasihatkan. Untuk sebarang pertanyaan dan perkara yang tidak pasti tentang sesuatu produk di AIA Public takaful. Sila hubungi Takaful Life Planner yang mewakili syarikat kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. InsyaAllah mereka dapat membantu. 

** Psst : "Jangan sesekali bertanyakan perkara yang tidak pasti dari pihak ketiga, dimana maklumat yang anda akan perolehi belum tentu lagi kesahihannya."

Sila hubungi Takaful Planner kami yang berdekatan, atau hubungi saya terus untuk maklumat lanjut.

Rizuan - 013-3704616
rizuan.aia@gmail.com


Sunday, 25 January 2015

Soalan : Kalau ibu/wife bersalin, insurans cover tak?

Assalammualikum W.B.T..

Saya seringkali ditanyakan soalan-soalan sebegini oleh pasangan ibu bapa / suami isteri  yang bertanyakan tentang "Kalau wife bersalin, insurans cover tak?". 




Di sini saya nak menerangkan sedikit tentang perkara ini dan mudah-mudahan menjawab persoalan ibu bapa di luar sana.Untuk pengetahuan semua, secara ringkasnya saya bagi jawapan : "TIDAK COVER"
Untuk pengetahuan semua, rata-rata yang bertanyakan soalan ini adalah dari pihak suami/bapa. Jujur saya katakan, kalau ada insuran mcm ni, saya pun nak.. Betul tak?
Sebenarnya suami mana yang tidak mahukan perkhidmatan yang terbaik untuk isterinya bagi menyambut kelahiran anak mereka. Memandangkan kos rawatan yang tinggi, dan perkhidmatan proses kelahiran yang selesa di hospital swasta, ramai para suami agak tertanya-tanyakan status perlindungan sebegini. Ramai suami jika boleh, inginkan isteri mereka mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan pada masa yang sama boleh menggunakan sumber kewangan yang sedia ada untuk kemudahan lain selepas kelahiran bayi itu. 



Setahu saya mana-mana syarikat insurans memang tidak memberi perlindungan untuk ibu bersalin. Maaf kalau kenyataan saya ini adalah salah, dan jika ADA bolehlah kiranya anda semua berkongsi maklumat dengan saya..

Selain itu, syarikat insurans/takaful selalunya ada menyediakan perlindungan lain untuk ibu-ibu yang mengandung seperti jika berlakunya sebarang komplikasi semasa proses kehamilan. Di AIA Public Takaful ada menyediakan pelan khusus untuk wanita  iaitu Pelan A-Plus Venus dan A-plus Venus Extra.



Antara manfaat pelan adalah :
  1. Perlindungan dua kali ganda untuk Kanser Organ Wanita. (Payu dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj atau Ovari)
  2. Ganti Rugi Hilang Upaya Sementara
  3. Subsidi untuk rawatan Putus Haid dan Psikoterapi
  4. Manfaat tambahan melalui Perkhidmatan Rujukan (24/7 sehari untuk Rumah & Kenderaan)
  5. Perlindungan serta-merta bagi wanita yang hamil (Komplikasi Kehamilan seperti Kehamilan Ektopik dan Kehamilan Molar)
  6. Manfaat Anomali Kongenital sekiranya anak dilahirkan mengalami sindrom down, lelangit sumbing, kembar siam dll.
  7. Manfaat kematian fetus.
  8. Manfaat Mangsa Ragut
  9. Manfaat Pembentukan semula wajah akibat kemalangan
  10. Manfaat Pemindahan kulit akibat melecur atau kanser kulit.
Untuk makumat lanjut boleh hubungi saya :
Rizuan 013-3704616/011-32139619

Atau PM -à http://goo.gl/JzW5jS


Saturday, 24 January 2015

Beri pendapat/pertanyaan anda terus dari "Facebook" anda


Assalammualaikum W.B.T & Selamat Sejahtera

Sedikit maklumat terkini dimana anda boleh memberi pendapat atau bertanyakan sebarang pertanyaan 
terus dari Facebook anda. Saya telah mengaktifkan ruang ulasan bagi semua "Followers Facebook Page" saya.


Diharap selepas ini, anda bolehlah meringan-ringankan jari jemari anda dengan memberikan pendapat atau bertanyakan apa-apa tentang produk kami di AIA Public Takaful.

*Pesanan : Gunakanlah medium ini kearah kebaikan, dan janganlah menyalahgunakannya kearah keburukan.. :)

Rizuan 013-3704616/011-32139619
Atau PM à http://goo.gl/JzW5jS

#alfatehempire
#imtiyazconsultancy
#aiapublictakaful

Friday, 23 January 2015

Pandangan Chef Wan mengenai Insurans - "Jangan rasa kedekut untuk membeli insurance medical tau.."

Assalammualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Umum mengetahui, baru-baru ini chef terkenal di Malaysia (Chef wan) telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru. Beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Swasta di Kuala Lumpur (Glenegles Hospital) yang mana umum mengetahui kos rawatan disana adalah agak tinggi. 



Ini antara apa yang telah diceritakan di Intagram Miliknya.


"My presidential suite room at the Gleneagle hospital is like a hotel pulak.It has its own office, two kitchen area siap dua peti sejuk and 3 TV.Bedroom, Living and asst or Maid TV area jugak.
I was told all for rm$3,800.00 a night.When i was told mula2 almost nak jatuh pitam terus."

Amboi!! mahalnya Chef Wan?? Chef Wan bayar semua ni ke ker?? Alaa.. Chef kan banyak duit. Apa ada hal..

"Tapi my wonderful AIA Insurance will take care of all that lah. Jika tidak saya sewa maid room tu sahaja lah. This is the beauty of having a good medical coverage. U will never know your rainy days. Sedia kan payung sebelum hujan kan. Thank you to my wonderful friend Puan Laila Johari from AIA Insurance that always take care of my insurance need.
"

Opppss!! Coverage dari AIA rupanya.. :)



Mudah-mudahan Chef Wan cepat sembuh ya.. Amin...

Tapi apa yang saya nak tekan kan disini adalah, kata-kata dari beliau..

"When u are sick u also want abit of style and glamour which u are accustomed with.
Tak kan holiday sahaja nak tidur di hotel best2 5 star sahaja.
Jika sakit pun mesti selesa.
Especially if u worked superhard for your money.
So jangan rasa kedekut untuk membeli insurance medical tau.
Its for yr own good and family.
Nasihat org tua yg dah lama makan garam."


Rupa-rupanya Chef wan pun ambil polisi dari AIA. Anda bila lagi? :)

Thursday, 15 January 2015

Soalan : Adakah Medical Card AIA Public Takaful "Cashless Medical Card"

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Sudahkah anda semua memiliki pelan perubatan dari mana-mana pengendali takaful di Malaysia? Kalau sudah Alhamdulillah.. Perlindungan pelan perubatan ini adalah sesuatu pelaburan yang bagus. Ini bagi menyelamatkan diri anda dari menghadapi bebanan kos rawatan perubatan yang mahal di hospital Malaysia khususnya.  


Ramai rakyat Malaysia terutama kurang peka dengan kad perubatan yang mereka miliki. Ada yang keliru dengan pelan perubatan yang mereka ambil, disebabkan kurangnya penerangan dari perunding takaful dan kurangnya membuat rujukan dari mana-mana sumber. Kebanyakan pengendali takaful di Malaysia menawarkan pelan perubatan dengan bayaran minimum ko-takaful 10% dari jumlah kos perubatan bagi mendapatkan mana-mana rawatan di hospital. Pemegang polisi masih lagi perlu mengeluarkan sedikit bayaran bagi mendapatkan rawatan di hospital, khususnya hospital swasta.

Bayangkan rawatan untuk mendapatkan rawatan jahitan kecil di hospital swasta, harga bil perubatan RM4200, kemudian anda masih perlu membayar RM420 bagi menampung kos 10% Ko-Takaful yang di wajibkan oleh pengendali takaful. Agak membebankan bukan?


Adakah kad perubatan AIA Public Takaful "Cashless Medical Card" ?

Jawapannya... YA BETUL!! BETUL!! dan BETUL!! Jika anda pemegang polisi kad perubatan APTB, anda layak mendapatkan rawatan tanpa bayaran Ko-Takaful sebanyak 10% di mana-mana hospital swasta panel di seluruh Malaysia. So anda boleh la simpan duit anda untuk perbelanjaan lain.. BAGUS bukan? Anda bolehlah mendapatkan rawatan dengan tenang di hospital tanpa memikirkan berapa banyak kos yang perlu dikeluarkan.


Fungsi "SWIPE CARD"

Disamping itu, selain TIADA Ko-TAKAFUL, fungsi lain seperti "SWIPE CARD" juga memudahkan kemasukan anda untuk mendapatkan rawatan di hospital tanpa menunggu GL dari pengendali takaful anda. Sangat BAGUS bukan?

Nak lagi? kalau nak tahu, kelebihan lain adalah keutamaan akan diberikan bagi pemegang polisi takaful APTB. BAGUSnya.. Hospital suka... Pesakit pon suka..



Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah hubungi saya :



Tuesday, 13 January 2015

Rider : Pelan Perlindungan lengkap bagi Wanita (A-PlusVenus-i & A-PlusVenusExtra-i)


Memperkenalkan A-PlusVenus dan A-PlusVenusExtra, pelan komprehensif yang melindungi kesejahteraan fizikal dan emosi seorang wanita. Pelan ini bertujuan untuk memberikannya ketenangan pada masa sakit, menyokong usaha wanita untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Ianya adalah perlindungan yang memenuhi kehendak wanita yang sentiasa berubah dan cabaran kesihatan yang wanita moden perlukan.


Ringkasan Manfaat Utama Yang Terdapat Dalam Pelan A-Plus Venus dan A-Plus VenusExtra

  1. Perlindungan dua kali ganda untuk Kanser Organ Wanita. (Payu dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj atau Ovari)
  2. Ganti Rugi Hilang Upaya Sementara
  3. Subsidi untuk rawatan Putus Haid dan Psikoterapi
  4. Manfaat tambahan melalui Perkhidmatan Rujukan (24/7 sehari untuk Rumah & Kenderaan)
  5. Perlindungan serta-merta bagi wanita yang hamil (Komplikasi Kehamilan seperti Kehamilan Ektopik dan Kehamilan Molar)
  6. Manfaat Anomali Kongenital sekiranya anak dilahirkan mengalami sindrom down, lelangit sumbing, kembar siam dll.
  7. Manfaat kematian fetus.
  8. Manfaat Mangsa Ragut
  9. Manfaat Pembentukan semula wajah akibat kemalangan
  10. Manfaat Pemindahan kulit akibat melecur atau kanser kulit.





Wednesday, 7 January 2015

Affordable Medical Card in Malaysia


“Most Outstanding Takaful Product 2014”
==========================================
PERLINDUNGAN PERUBATAN MAMPU MILIK
==========================================
Pakej Individu (RM65 Sebulan) *
Pakej Suami Isteri (RM128 Sebulan) *
Pakej Bapa & Anak-Anak (RM258) *
Pakej Ibu & Anak-Anak (RM256) *
Pakej Keluarga - Suami + Isteri + 4 Org Anak (RM321 Sebulan) *
==========================================
ANTARA MANFAAT PELAN “MEDICAL CARD” AIA PUBLIC TAKAFUL
==========================================
100% Tanpa Ko-Takaful
HAD TAHUNAN bermula dari RM100,000 Setahun bagi Setiap Ahli Yang Dilindungi.
TIADA HAD seumur hidup.
Fungsi ”Swipe Card” untuk kemasukan ke semua Hospital Panel AIA.
Rawatan Hospital Swasta PERCUMA (86 Panel Hospital Swasta Seluruh Malaysia)
Kaunter KHAS untuk pemegang polisi AIA Takaful untuk mendapatkan rawatan di Hospital Swasta
Faedah Harian Untuk Penjaga Kepada Pesakit bermula dari RM90 Sehari (DAPATKAN EXTRA Makanan dan Katil bagi Penjaga anak yang masuk WAD)
Wad Bilik bermula dari RM 150 (Wad 2 katil dan Ke atas)
USD 1 Juta Faedah Penghantaran Pulang Perubatan Kecemasan
Faedah Rawatan Buah Pinggang & Kanser sehingga RM375,000
Faedah Rawatan Kecemasan Pergigian Akibat Kemalangan bermula dari RM3000
Faedah Rawatan Penjagaan Kejururawatan Di Rumah bermula dari RM3000.
Carian Hospital Panel MUDAH hanya Melalui di APP STORE (iPhone&iPad)
Tidak perlu Bayar lebih dari 4/5 Polisi Takaful Anda hanya 1 Polisi Keluarga

=========================================
TERDAPAT JUGA PEAN PERUBATAN BERSAMA TAKAFUL HAYAT
=========================================
HAD TAHUNAN sehingga 1.5juta Setahun bagi Setiap Ahli Yang Dilindungi. **
Pelan khusus untuk wanita (melindungi penyakit-penyakit berkaitan wanita) **
Pelan perlindungan perubatan penyakit kritikal tahap awal **
Peningkatan Had Bilik **
Rawatan pesakit luar untuk kes DEMAM DENGGI **
Pampasan Kematian & Cacat Kekal. **

* Harga bagi setiap pelan adalah berdasarkan umur 29 tahun dan kebawah.
**Harga akan berubah mengikut “rider-rider” yang dipilih.

Untuk makumat lanjut boleh hubungi saya :
Rizuan 013-3704616/011-32139619

Atau PM -à http://goo.gl/JzW5jS

#alfatehempire
#imtiyazconsultancy

#aiapublictakadul

Friday, 19 December 2014

Had Tahunan Perubatan 1.5 juta!! Biar betul AIA Public Takaful ni??

Betul ke HAD TAHUNAN 1.5 juta ringgit? 



Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini APTB telah melancarkan satu rider terbaru untuk pelan perlindungan perubatan yang sedia ada iaitu A-PlusMedBooster-i. Rider ini adalah bertujuan bagi menampung kos perubatan yang dijangka akan meningkat setiap tahun. Rider ini menyediakan HAD TAHUNAN sehingga 1.5juta bagi menampung kos perubatan bagi pemegang polisi APTB.

Soalan??

Adakah anda sudah memiliki pelan perubatan dari mana-mana syarikat pengendali takaful? Kalau sudah, Alhamdulillah... Cuma persoalan disini, adakah cukup had tahunan yang disediakan pengendali takaful anda untuk menampung kos perubatan yang dijangka meningkat sebanyak 12 peratus setiap tahun


Apa yang anda perlukan untuk menampung kos perbelanjaan perubatan ini yang semakin meningkat ini?

Merperkenalkan Rider A-PlusMedBooster-i yang memberikan perlindungan maksimum kepada pemegang polisi APTB. 


Antara kelebihannya adalah : 
  1. Peningkatan HAD TAHUNAN sehingga 1.5 juta. (A-Plus Med + A-Plus MedBooster-i)
  2. Membolehkan pemegang polisi mendapatkan rawatan di Singapura.
  3. Rawatan pesakit luar utk kes Demam Denggi.
  4. Peningkatan had rawatan lebih tinggi untuk rawatan Dialisis Buah Pinggang.
  5. Peningkatan had untuk bilik.



Video berkaitan produk




Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk di APTB..

Rizuan 013-3704616

Wednesday, 17 December 2014

Pelan Simpanan jangka Masa Singkat (A-EnrichGold-i)


Awal Disember 2014, satu pelan baru telah dilancarkan oleh AIA Public Takaful. Pelan ini sesuai bagi sesiapa yang mempunyai perancangan untuk mencapai pencapaian tertentu dalam hidup seperti persaraan awal , menanggung kos pembelajaran anak-anak di kolej/universiti atau pergi Haji , Umrah atau ziarah.


A-Enrich Gold-i merupakan satu produk simpanan jangka pendek bertempoh dan akan matang pada tahun ke-10. Apabila pelan anda mencapai tempoh matang, anda akan dapat pulangan 120% daripada Jumlah Asas Dilindungi secara sekaligus.

Manfaat kehidupan

Pelan ini akan matang pada tahun ke-10 dan pencarum boleh mengembangkan simpanan anda hingga tahun ke-25 bagi mendapatkan pulangan yang maksimum tanpa mencarum lagi pada tahun ke-11 hingga tahun ke-25. Anda akan memperoleh faedah setiap tahun dari tahun ke-11 hingga tahun ke-25 berserta faedah pelaburan dari dana yang dibuat.

Contoh : Jika anda mengambil perlindungan (sum covered) RM100,000, maka setiap 2 tahun anda akan mendapat RM5,000 sehingga tahun ke 10, atau dengan perlindungan minima RM30,000 anda boleh mendapatkan RM1,500 setiap 2 tahun secara konsisten.

Jika anda ingin melanjutkan simpanan selama 25 tahun bagi mendapatkan pulangan yang maksimum, anda boleh terus menyimpan di syarikat kami dan pada tahun ke 11 hingga 20, 8% dari jumlah perlindungan (sum covered) akan diberikan kepada pencarum, dan pada tahun 21 hingga 25, 12% dari jumlah perlindungan akan diberikan kepada pencarum.

Jumlah perlindungan : RM100000
  • Tahun 2 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 4 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 6 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 7 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 10 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun ke 11 hingga 20 - 8% dari RM100000 = RM8000 (setiap tahun)
  • Tahun ke 21 hingga 25 - 12% dari RM100000 = RM12000 (setiap tahun)
Jumlah keseluruhan selama 25 tahun RM165000. Pulangan simpanan adalah lebih dari 100% dijanjikan.


Ciri-ciri A-EnrichGold-i

  1. Caruman dalam jangka masa yang singkat (10 tahun sahaja)
  2. Faedah apabila simpanan matang
  3. Faedah kematian & Hilang upaya (separa atau kekal)
  4. Faedah dari pelaburan dana syarikat
  5. "Flexibility" - boleh menambah caruman/simpanan pada bila-bila masa







Video Berkaitan





Thursday, 4 December 2014

Kos rawatan penyakit-penyakit kritikal di Malaysia

Secara umumnya, ramai tidak mengetahui, kos rawatan penyakit kritikal di Malaysia adalah sangat tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh rakyat Malaysia. Rata-rata ramai yang mengambil jalan mudah dengan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan bagi menangani isu yang kos perubatan yang tinggi ini.



Di AIA Public Takaful, pelan mampu milik dengan perlindungan perubatan bermula dari RM100000 hingga RM260000 setahun dan tiada had seumur hidup, sedikit sebanyak boleh meringankan beban bagi menangani isu ini. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut..