"Most Outstanding Takaful Product" - Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2012,2014

  • "REAL LIFE COMPANY"

    AIA Public Takaful Berhad adalah syarikat perlindungan perubatan dan pelaburan yang berlandaskan syariah..

  • Perlindungan Perubatan

    Perlindungan limit tahunan yang tinggi, tiada Ko-Takaful, tiada limit seumur hidup dan beberapa manfaat lain antara sebab mengapa anda perlu mempunyai perlindungan dari syarikat kami..

  • Pelaburan

    Pulangan pelaburan yang tinggi dan rendah risiko antara sebab ramai mempercayai syarikat kami...

Tuesday, 21 February 2017

"Saya dah ada insurance company, mengapa perlu saya ambil polisi insurans lain?"


MOHON BACA SEBENTAR
======================

INI Kisah Benar !!!!!
Untuk Renungan Bersama..

Okay, ini kisah tentang orang yang taknak ambil personal insurance/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.

Sebelum ini, dapat satu phone call dari seorang akak  duduk Shah Alam.

Dia kata nak ambil medical card untuk suami dan dia kata dia boleh bayar walaupun MAHAL.

Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 - 3 weeks policy dah approve dan siap.

Lepas tu baru akak tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang taktau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.

Akak tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia taknak ambil personal insurance sebab company dia cover unlimited medical bill.

Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.

Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap2 hari suami dia cuti. Medical bill tiap2 bulan company tanggung.

Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.

Akak tu ckp, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.

Akak tu citer lg, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.

Akak tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so akak tu lah yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.

Sepanjang phone call tu, akak tu menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya bukan xnak tolong..TAPI..

Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.

Moral of the story – walaupun tuan/puan mampu untuk bayar RM10,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau tuan/puan dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.

Anda tak nak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It’s up to you.

Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.

Anda rasa anda bagaimana? Renung-renungkan lah dan selamat beramal.

Call/Whatsapp
Rizuan 013.370.4616

Credit to : Hamzah AIA Takaful

Tertib Dalam Kewangan bagi Graduan Baru Bekerja

Assalammualaikum W.B.T.. 

Sedikit perkongsian ilmu tertib kewangan baru graduan yang baru bekerja..


TERTIB DALAM KEWANGAN

1. Tidak ramai yang ikut susun atur dalam kewangan, ramai yang ikut suka mereka, jaga-jaga sebelum hutang terbina dengan lebih banyak, atur semula kewangan kita.

2. Tidak ramai yang kisah kan Dana kecemasan, mereka beranggapan dana kecemasan mereka adalah mak, ayah, Adik beradik dan kawan-kawan (pinjam duit). Ubah persepsi, dana kecemasan itu adalah dari usaha kita sendiri.

3. Tidak ramai anak muda kisahkan perlindungan mereka, kata mereka, company 'jaga' mereka. Jaga-jaga tidak semua company 'sayang' pekerja dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar kini, bila-bila masa mereka boleh buang kita 

4. Mula kan pelaburan yang kecil untuk jangka masa yang singkat dalam 3-5 tahun. Ini adalah untuk bina simpanan secara paksa, jika tidak, kita asyik gatal tangan dok survey trivagogo. 

5. Sedang kita melabur, simpanan kecemasan jangan  terhenti setakat 6 bulan gaji sahaja. Tingkat kan lagi jadi 12 bulan gaji pula. Jika di tempat kerja kena capai target, dalam kewangan kita juga mesti target yang kita boleh capai dengan usaha

6. Beli kereta biasa-biasa, kita bukan tak pandai nak drive kereta memahal tu, kita kasi 'chance' orang lain pakai dulu. Esok lusa rezeki kita pula merasa

7. Mula pelaburan jangka masa sederhana seperti Unit trust - EPF akaun 1. Ia makan masa dalam 5-10 tahun. Saham sekarang banyak yang jatuh, kita ambil peluang 'shopping' lebih banyak unit lagi. Harga tengah murah.

8. Satu masa apabila simpanan kita capai target yang kita nak. Anda gunakan lah sebaiknya. Beli Rumah pertama, kahwin, menunaikan umrah atau travel bersama tersayang. 

9. Bina pula pelaburan jangka masa panjang untuk cipta Dana Pencen kita. Tua lambat lagi tapi tidak salah jika kita merancang dari sekarang.

10. Bila aset sudah terbina, mula lah apply wasiat/ hibah. Ajal kita tak tahu bila, ini sebahagian persediaan kita sebelum kita ke sana.

Anda punya cara yang lebih baik? Lakukan lah.

Jom SHARE untuk bacaan bersama

Credit to : syafieqahalya

Monday, 20 February 2017

CINTA HINGGA HUJUNG NYAWA

CINTA HINGGA HUJUNG NYAWA


RM 5k = RM 1juta

1. Jika anda seorg suami yg bgaji RM 5k/bln,anda memerlukan perlindungan sekurg2nya RM 1juta utk diri anda (andaian Isteri tdk bkerja Dan mpunyai anak2 kecil)
Kerana anda satu2nya sumber income keluarga.

2. Jika satu hari nanti anda mati scra tiba2,maka hilanglah punca pendapatan keluarga. (Mati itu pasti) 
Hal ini blh myebabkn keluarga anda yg tcinta putus sumber pendapatan. Bagaimana mereka ingin meneruskn khdpn jika selama ini kebergantungan thdp diri anda sbg ketua keluarga. Yang mati akan pergi,yg hidup harus meneruskan khdpn. Tetapi jika anda telah mbuat psediaan awal, hal ini dpt di atasi.

3. Pihak takaful akan menemui Waris anda iaitu Isteri. Isteri anda akan menerima tunai RM 1juta atas nilai yg dilindungi atas diri anda.

4. Pesanlh pada Isteri anda,sekiranya anda tiada nanti,urusknlh duit itu dgn sebetulnya. Ajarkn beliau teknik yg btl. Masukkn jumlah 1juta td ke dlm akaun ASB / Tabung Haji.

5. Gunakan dividen stp tahun dari ASB / TH td sbg pganti sumber pendapatan keluarga.

6. Dgn dividen average 6% setahun = RM 60k/thn @ RM 5k/bln.
Dividen RM 5k/bln dpt digunakn utk Sara hdp Isteri Dan anak2 anda,pbelanjaan sekolah anak2 Dan segala kos yg bkaitan.
Nilai tunai RM 1juta td masih kekal di dlm akaun saving ASB / TH Isteri anda.

*Inilah yg dinamakn CINTA HINGGA HUJUNG NYAWA
*Isteri Dan anak2 anda pasti bangga mpunyai suami Dan ayah yg btangungjawab walaupun anda sudah tiada.
*Anda jg blh meminta Isteri anda menginfakkan 5-10% Dari dividen yg diterima stp tahun ke dlm tabung amal jariah bg mdpt pahala bterusan utk dbawa di akhirat sana nanti.

Call/whatsapps
013.370.4616
AIA Public Takaful

Credit to : Penulis Asal

Sunday, 19 February 2017

SAKIT TIDAK MENGENAL USIA..

Untuk rujukan kita semua agar kita cepat tersedar dan ambil tindakan secepat mungkin..

Kesian adik ini, dalam usia 4 tahun, dah mengidap diabetes dan terpaksa membayar kos perubatan yang TINGGI setiap bulan..

Ayah adik ini terpaksa keluarkan semua SIMPANAN dia untuk merawat anak kesayangan nya.. Mari kita hulurkan bantuan ikhlas untuk adik ini..MOGA adik madinah cepat sembuh..amiin.

MOGA kita semua dah ada PERLINDUNGAN MEDICAL CARD untuk meringankan beban kos perubatan sekiranya suatu hari nanti, kita, anak kita atau keluarga kita pulak yang kena..

Rujukan :  Harian Metro http://www.hmetro.com.my/node/166262


Alor Setar: Keluarga budak perempuan berusia empat tahun yang menghidap penyakit Diabetes Milletus Type 1 di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, merayu sumbangan orang ramai untuk menampung kos perubatan anak perempuan mereka itu.

Bapa kanak-kanak itu, Muhammad Muhsin Mansor, 29, berkata Nur Madihah dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan kini kesihatannya semakin kritikal dan memerlukan penjagaan rapi.

Katanya, dia sudah menghabiskan wang simpanan serta sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hampir RM34,000 untuk membeli peralatan rawatan termasuk ‘diabetic infution pump' serta jarum suntikan insulin.

Menurutnya, selain alat berharga RM21,000 itu, setiap bulan dia perlu membelanjakan antara RM1,000 hingga RM1,200 untuk membeli tiub dan jarum suntikan yang perlu diganti untuk mengelak jangkitan kuman.

"Sebelum ini Nur Mahidhah aktif namun doktor mengesahkan dia menghidap diabetis selepas kerap demam dan tidak bermaya selain sering dahaga dan kerap kencing.

“Doktor menasihatkan saya membawa anak menjalani rawatan doktor pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP) atau Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap tiga bulan sekali," katanya yang ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Muhammad Muhsin yang bekerja kilang di Butterworth, Pulau Pinang, dan isterinya, Noor Hidayah Mohd Kaharudin, 28, merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban kos perubatan anaknya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Muhammad Muhsin di 019-5732415, akaun Maybank 152077339717 (Muhammad Muhsin).

Kos deposit kemasukan Hospital KPJ

SEKIRANYA ANDA BELUM ADA MEDICAL CARD...

Ini lah Deposit yang kita perlu disediakan sekiranya INGIN MENDAPATKAN RAWATAN di semua Hospital KPJ..




Untuk Pemegang Kad AIA, xperlu bayar sebanyak tu..ada yg xperlu bayar deposit langsung..dan kalau yang bayar, maksimum RM500 sahaja..itu pun akan dipulangkan semula bila dah discharge nanti..

Kalau nak WAIVE deposit, apply la medical card AIA, then masuk je hospital platinum AIA mcm Prince Court Med Cntre, Columbia & etc.. tak pening kepala dah nk keluar duit banyak2..

Rujuk sini --> Senarai Hospital Platinum AIA

Jangan Bertangguh lagi sekiranya belum memiliki medical card sebab sakit xpernah tunggu samada kita dah bersedia atau belum..

Call/whatsapp :
Rizuan 013.370.4616

#aiapublictakaful #medicalcard #familymedicalcard

Credit to : hamzah aia

Tuesday, 17 January 2017

20% off for Executive Health Screening


Assalammualiakum W.B.T

Berita baik untuk semua pemegang kad AIA (termasuk AIA Public Takaful), hospital Prince Court akan memberikan potongan 20% bagi sesiapa yang ingin buat Health Screening. Sila buat temujanji anda sekarang sebelum tamat tempoh. 

Promosi akan berakhir pada 28 Februari 2017. Hubungi 03-21600883/4 @ email kepada executivehealth@princecourt.com


Rujukan dr website : 




Saturday, 7 January 2017

My Qalam - Digital AlQuran - Dapatkan secara percuma!!

Assalammualaikum W.B.T

Baru-baru ini AIA Public Takaful Bhd telah melancarkan produk baru utk pelanggan baru yang ingin mencarum plan takaful di APTB. Plan yg lebih mementingkan perlindungan kita sebagai umat islam terutama ketika menunaikan haji & umrah..



PROMOSI!!! JOM BERAMAL!!!

Dapatkan DIGITAL AL-QURAN secara PERCUMA dengan PELAN TERBARU DAN TERBAIK DARI AIA PUBLIC TAKAFUL 🕋

Apa kelebihannya? Secara ringkasnya spt di bawah:




👳🏻 A-PLUS HAJJ👳🏻
.
Apa yang  MENARIK dgn Pelan ni...🤗🤗

- Saya HANYA kongsikan 3 Faedah yang terlampau MENARIK ni..
.
✔Booster Nilai
✔ Badal Haji/Upah Haji
✔ Faedah Nilai Ihsan/Khairat kematian Bagi Kematian Pasangan
.
❗ BOOSTER NILAI❗
- Setiap ulang tahun ke-3 polisi akan dapat nilai/duit 2% dari jumlah
perlindungan.

Contoh
- Jumlah Perlindungan RM100,000
- Setiap ulang tahun ke-3 polisi client akan dapat cash value RM2,000
.
- Client ada 3 pilihan
➡Nak masukkan cash value dlm saving akaun takaful
➡Ambil Tunai
➡Masukkan dlm akaun TABUNG HAJI

✔ BADAL HAJI/UPAH HAJI
- AIA Public Takaful bagi ~RM2500~ RM5,000
- Faedah yg TERBAIK & TERTINGGI dipasaran .

✔ FAEDAH IHSAN KEMATIAN/KHAIRAT KEMATIAN PASANGAN 20%
- Menunaikan haji/umrah bersama pasangan.💕
- Sekiranya pasangannya meninggal dunia 😢 😭 semasa menunaikan haji @ umrah, pemegang polisi akan dpt sumbangan ihsan sebanyak *20%* dari jumlah perlindungan atau max RM10,000

"Contoh" jumlah perlindungan RM50,000
sumbangan ihsan/khariat kematian adalah sebanyak *RM10,000*

😀 Menarik kan😀

 YA MEMANG SANGAT-SANGAT MENARIK

PM LAJU-LAJU

---------------------------------
Info & Quotation PERCUMA
---------------------------------

Saya cerita lebih lanjut.

013.370.4616
Rizuan

#aiapublictakaful #medicalcard #familymedicalcard #umrah #haji #income protection #hibah #takaful

InshaaAllah saya bantu yg terbaik...😊😊

Thursday, 10 November 2016

NOVEMBER PROMOTION!! RM250 Voucher

Salam Semua pembaca yang dirahmati Allah..

Untuk bulan November 2016, AIA akan memberikan voucher pembelian di Giant Hypermarket bernilai RM250 untuk sesiapa yang mendapatkan salah satu dari pelan di bawah :
  1. A-Life Signature / A-Life Signature-i
  2. A-Life Signature PlusOne / A-Life Signature-i PlusOne
  3. A-Life Cancer360 / A-Life Cancer360-i
Promosi ini akan berlangsung dari

7 November 2016 - 30 November 2016

Pastikan anda mendapatkan pelan dibawah secepat mungkin..



Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut..

Thursday, 18 August 2016

"MEDICAL INSURANCE LAHAN*T" - BACA JAWAPAN DARI EJEN TAKAFUL INI DAHULU SEBELUM BATALKAN POLISI ANDA.


Baru- baru ini kecoh di media social mengatakan "MEDICAL INSURANCE LAHANAT". Ramai yang mengatakan syarikat insurans ni adalah penipu besar & bermacam-macam kritikan negatif muncul bagi memburuk-burukkan fungsi syarikat TAKAFUL itu sendiri. Sedikit salah faham tentang fungsi takaful itu sendiri sangat cepat diVIRALkan. Mungkin pencarum Takaful tidak berapa tahu bahawa setiap proses kemasukan wad memerlukan GL, dan proses tersebut melibatkan pihak hospital & juga syarikat insurans/takaful itu sendiri.



Berikut adalah sedikit penerangan dari SENIOR AGENT dari syarikat takaful tersebut yang telah lama berkecimpung dalam industri takaful menjawab kes tersebut. Menurut beliau, ada juga kes sama berkaitan DEMAM VIRAL telah diluluskan oleh syarikat tersebut, tetapi tidak diviralkan. 


Petikan dari tulisan beliau :

RM0.00 1-2: Cert No: 96XXXXX Name: ADAM XXXXXX BIN MOHD XXXX PAL REQUEST from KPJ Sabah Specialist Hospital, CLM NO: 16XXXXX REGISTERED on 15-08-2016...
Claim viral fever yg lulus ini tidak jadi viral pun....
Untuk sebahagian ibu bapa, semua demam anak pun demam yg "kritikal". Jika berlaku di hospital kerajaan, barangkali "doktor lahanat" akan kena viral sebab taknak admit anak dia. Ramai anak yg dapat viral fever dirawat di klinik biasa RM50-80, tapi ada pulak yg nak claim beribu-ribu hanya untuk viral fever yg boleh dirawat secara pesakit luar (outpatient).
Ya, viral fever ada yg boleh discaj ada yg boleh masuk wad. Secara amnya viral fever lawatan pertama budak yg tiada apa-apa penyakit sedia ada, boleh minum air tiada dehidrasi - tak perlu masuk wad. Kebanyakan kes viral fever hanya perlu paracetamol (syrup atau suppository) dan minum air secukupnya, boleh dirawat sebagai outpatient. Seperti dalam FB customer itu, dia akui tiada IV hydration diberikan semasa dalam wad, maknanya anak itu boleh minum air secukupnya melalui mulut cara biasa.
Yang perlu masuk wad kalau dia ada penyakit sedia ada yg serius atau diikuti bersama dehidrasi dan tahap aktiviti yg sangat berkurang. Ada viral fever yg boleh admit seperti kes di atas, dan ada viral fever yg tidak perlu admit seperti "kes insurans lahanat".
Saya sebagai doktor dahulu pernah dimarah ibubapa yg anaknya dapat viral fever, mereka tidak puashati kerana:
 nak masuk wad padahal anaknya tidak perlu pun masuk
 tidak mahu masuk wad padahal anaknya sangat perlu masuk (kerana dehidrasi dan tahap aktiviti yg sangat berkurangan)
Nasib baik kemahiran komunikasi saya tiptop, tiada ibubapa viralkan aku sebagai doktor lahanat.
Di sini saya sangat berminat nak baca dan analisa laporan doktor yg dihantar ke syarikat. Adakah ia termasuk frasa:
"Child active"
"Child well hydrated"
"Parents keen to discharge, treat at home"
"IV hydration required"
Keputusan ujian influenza B dan ujian lain-lain
Faktor pemboleh ubah di sini ialah:
 laporan perubatan yg dihantar ke syarikat insurans.
 pengalaman & justifikasi claims examiner
Kadangkala laporan doktor swasta yg saya jumpa banyaknya one or two-liner sahaja. Kalau detail sikit mungkin dapat membantu urusan claims insurans. Saya tak tahu kes ini macamana. Kadangkala claims examiner itu baru, atau daripada syarikat luar, atau pihak ketiga (third party). Keputusan claims examiner boleh dipertikai, can be contested, mana-mana syarikat pun. Boleh guna saluran FMB - financial mediation bureau. Jadi keputusan mereka bukanlah muktamad. Kalau ini adalah masalah claims examiner, syarikatlah yg perlu perbetulkannya.
PrudentialB** & beberapa syarikat lain sekarang bergerak ke arah guidelines yg diletakkan oleh pakar - Clinical Practice Guidelines. Maksudnya tahap admission, penyiasatan dan rawatan semakin lama mengikut "gold standard guideline" hospital kerajaan. Yang mana tidak perlu admit, penyiasatan dan rawatan yg berlebihan akan ditolak oleh insurans.
Saya harap anaknya itu cepat sembuh & ibubapa tidaklah bimbang lagi. PrudentialB** pun ada aspek yg perlu diperbaiki tentunya, dari segi PR dan komunikasi.
Dan tentunya agen perlu berkomunikasi lebih baik dengan customer. Masalah utama customer tersebut ialah "agennya tidak lagi aktif".

Credit To : Faiz Najmi

TESTIMONI : MEDICAL INSURANCE PENIPU BESAR.!!!

Saya nak viralkan kerana rasa tertipunya saya dengan polisi syarikat AI* P**LIC TAKAFUL, Harap benda ni menjadi ikhtibar rakan2 smua yang berhajat nak amik polisi di masa depan.
Kisahnya bermula macam ni:
15/july/2016 2.35 p.m
My wife mempunyai simptom demam berpanjangan. Demam bermula 5 hari dari tarikh ini, dan saya telah inform pada Dr untuk jumpa pada keesokan harinya(photo attached), kerana risau tambahan pula isteri saya sekarang berbadan Dua. Untuk makluman, saya juga telah menghantar isteri saya di klinik pada 13/july/2016.
16/July/2016
Saya membatalkan apoiment dengan Dr kerana bila dilihat keadaan isteri saya yang semakin baik(photo attached). pandangan saya, warded is the last option.
The sinetron drama begins...
19/july/2016
Keadaan isteri saya semakin teruk dan demam berlarutan. Saya terus refer untuk apoiment dengan Dr terus dan bawa isteri saya ke Kota Bharu Medical Centre. 
Saya berikan ic dan medikal kad kepada Nurse untuk proseskan GL. Apa yang mengejutkan saya, GL approved the next 1 Hour tanpa perlu tunggu lama.

20/July/2016
Hasil daripada ujian darah, My wife Positive Air Kencing Tikus..!!!
Perasaan saya pada masa tu hanya Allah sahaja yang Tahu, tambahan pula isteri saya sedang mengandungkan anak sulung dan bakal melahirkan our first baby this years. Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan pada masa itu.

25/July / 2016
Isteri saya ditahan diwad selama 6 hari untuk habiskan antibiotic untuk melawan penyakit tersebut. Dan Alhamdulillah pada tarikh ini juga isteri saya kembali pulih seperti sediakala dan di Discharge.

Apa yang membuatkan saya terkilan, total bill selama isteri saya berada di Hospital Berjumlah RM6764..!!! Dan semuanya fully covered by AIA PUBLIC TAKAFUL(photo attached) . Mungkin dari segi bill saya masih lagi boleh Terima. Apa yang saya Tak boleh saya terima, selama isteri saya di hospital AiA PUBLIC TAKAFUL menyediakan Elaun hospital Berjumlah RM600(photo attached). Perkara ini tak sepatutnya berlaku kerana Benda ini akan menyebabkan orang di luar sana Sedar Betapa penting TAKAFUL sebagai Perlindungan untuk kita dan keluarga.
AIA PUBLIC TAKAFUL memang tak patut, kerana isteri saya Baru sahaja mencarum selama 2 tahun dan jika di kira (RM190X12bulan) x 2 Tahun = RM4560
Jumlah yang saya bayar Berjumlah RM4560, Tapi AIA PUBLIC TAKAFUL sudah keluarkan (RM6764(bil hospital) + RM600(elaun hospital) = RM7364 untuk Rawatan dan hibah buat isteri tercinta saya. Terima kasih juga kepada pencarum Takaful kerana mungkin bill yang digunakan isteri saya adalah wang daripada kalian semua yang mencarum dalam Perlindungan Takaful.
Semoga kisah benar ini menjadi tauladan dan ikhtibar buat rakan-rakan semua.!!

Credit To : ANUAR AIA Public Takaful