Pelan Simpanan jangka Masa Singkat (A-EnrichGold-i)

Posted by Rizuan on Wednesday, December 17, 2014 with No comments

Awal Disember 2014, satu pelan baru telah dilancarkan oleh AIA Public Takaful. Pelan ini sesuai bagi sesiapa yang mempunyai perancangan untuk mencapai pencapaian tertentu dalam hidup seperti persaraan awal , menanggung kos pembelajaran anak-anak di kolej/universiti atau pergi Haji , Umrah atau ziarah.


A-Enrich Gold-i merupakan satu produk simpanan jangka pendek bertempoh dan akan matang pada tahun ke-10. Apabila pelan anda mencapai tempoh matang, anda akan dapat pulangan 120% daripada Jumlah Asas Dilindungi secara sekaligus.

Manfaat kehidupan

Pelan ini akan matang pada tahun ke-10 dan pencarum boleh mengembangkan simpanan anda hingga tahun ke-25 bagi mendapatkan pulangan yang maksimum tanpa mencarum lagi pada tahun ke-11 hingga tahun ke-25. Anda akan memperoleh faedah setiap tahun dari tahun ke-11 hingga tahun ke-25 berserta faedah pelaburan dari dana yang dibuat.

Contoh : Jika anda mengambil perlindungan (sum covered) RM100,000, maka setiap 2 tahun anda akan mendapat RM5,000 sehingga tahun ke 10, atau dengan perlindungan minima RM30,000 anda boleh mendapatkan RM1,500 setiap 2 tahun secara konsisten.

Jika anda ingin melanjutkan simpanan selama 25 tahun bagi mendapatkan pulangan yang maksimum, anda boleh terus menyimpan di syarikat kami dan pada tahun ke 11 hingga 20, 8% dari jumlah perlindungan (sum covered) akan diberikan kepada pencarum, dan pada tahun 21 hingga 25, 12% dari jumlah perlindungan akan diberikan kepada pencarum.

Jumlah perlindungan : RM100000
  • Tahun 2 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 4 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 6 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 7 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun 10 - 5% dari RM100000 = RM5000
  • Tahun ke 11 hingga 20 - 8% dari RM100000 = RM8000 (setiap tahun)
  • Tahun ke 21 hingga 25 - 12% dari RM100000 = RM12000 (setiap tahun)
Jumlah keseluruhan selama 25 tahun RM165000. Pulangan simpanan adalah lebih dari 100% dijanjikan.


Ciri-ciri A-EnrichGold-i

  1. Caruman dalam jangka masa yang singkat (10 tahun sahaja)
  2. Faedah apabila simpanan matang
  3. Faedah kematian & Hilang upaya (separa atau kekal)
  4. Faedah dari pelaburan dana syarikat
  5. "Flexibility" - boleh menambah caruman/simpanan pada bila-bila masa







Video Berkaitan