Soalan : Kalau ibu/wife bersalin, insurans cover tak?

Posted by Rizuan on Sunday, January 25, 2015 with No comments
Assalammualikum W.B.T..

Saya seringkali ditanyakan soalan-soalan sebegini oleh pasangan ibu bapa / suami isteri  yang bertanyakan tentang "Kalau wife bersalin, insurans cover tak?". 




Di sini saya nak menerangkan sedikit tentang perkara ini dan mudah-mudahan menjawab persoalan ibu bapa di luar sana.Untuk pengetahuan semua, secara ringkasnya saya bagi jawapan : "TIDAK COVER"
Untuk pengetahuan semua, rata-rata yang bertanyakan soalan ini adalah dari pihak suami/bapa. Jujur saya katakan, kalau ada insuran mcm ni, saya pun nak.. Betul tak?
Sebenarnya suami mana yang tidak mahukan perkhidmatan yang terbaik untuk isterinya bagi menyambut kelahiran anak mereka. Memandangkan kos rawatan yang tinggi, dan perkhidmatan proses kelahiran yang selesa di hospital swasta, ramai para suami agak tertanya-tanyakan status perlindungan sebegini. Ramai suami jika boleh, inginkan isteri mereka mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan pada masa yang sama boleh menggunakan sumber kewangan yang sedia ada untuk kemudahan lain selepas kelahiran bayi itu. 



Setahu saya mana-mana syarikat insurans memang tidak memberi perlindungan untuk ibu bersalin. Maaf kalau kenyataan saya ini adalah salah, dan jika ADA bolehlah kiranya anda semua berkongsi maklumat dengan saya..

Selain itu, syarikat insurans/takaful selalunya ada menyediakan perlindungan lain untuk ibu-ibu yang mengandung seperti jika berlakunya sebarang komplikasi semasa proses kehamilan. Di AIA Public Takaful ada menyediakan pelan khusus untuk wanita  iaitu Pelan A-Plus Venus dan A-plus Venus Extra.



Antara manfaat pelan adalah :
  1. Perlindungan dua kali ganda untuk Kanser Organ Wanita. (Payu dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj atau Ovari)
  2. Ganti Rugi Hilang Upaya Sementara
  3. Subsidi untuk rawatan Putus Haid dan Psikoterapi
  4. Manfaat tambahan melalui Perkhidmatan Rujukan (24/7 sehari untuk Rumah & Kenderaan)
  5. Perlindungan serta-merta bagi wanita yang hamil (Komplikasi Kehamilan seperti Kehamilan Ektopik dan Kehamilan Molar)
  6. Manfaat Anomali Kongenital sekiranya anak dilahirkan mengalami sindrom down, lelangit sumbing, kembar siam dll.
  7. Manfaat kematian fetus.
  8. Manfaat Mangsa Ragut
  9. Manfaat Pembentukan semula wajah akibat kemalangan
  10. Manfaat Pemindahan kulit akibat melecur atau kanser kulit.
Untuk makumat lanjut boleh hubungi saya :
Rizuan 013-3704616/011-32139619

Atau PM -à http://goo.gl/JzW5jS