TESTIMONI : MEDICAL INSURANCE PENIPU BESAR.!!!

Posted by Rizuan on Thursday, August 18, 2016 with 1 comment
Saya nak viralkan kerana rasa tertipunya saya dengan polisi syarikat AI* P**LIC TAKAFUL, Harap benda ni menjadi ikhtibar rakan2 smua yang berhajat nak amik polisi di masa depan.
Kisahnya bermula macam ni:
15/july/2016 2.35 p.m
My wife mempunyai simptom demam berpanjangan. Demam bermula 5 hari dari tarikh ini, dan saya telah inform pada Dr untuk jumpa pada keesokan harinya(photo attached), kerana risau tambahan pula isteri saya sekarang berbadan Dua. Untuk makluman, saya juga telah menghantar isteri saya di klinik pada 13/july/2016.
16/July/2016
Saya membatalkan apoiment dengan Dr kerana bila dilihat keadaan isteri saya yang semakin baik(photo attached). pandangan saya, warded is the last option.
The sinetron drama begins...
19/july/2016
Keadaan isteri saya semakin teruk dan demam berlarutan. Saya terus refer untuk apoiment dengan Dr terus dan bawa isteri saya ke Kota Bharu Medical Centre. 
Saya berikan ic dan medikal kad kepada Nurse untuk proseskan GL. Apa yang mengejutkan saya, GL approved the next 1 Hour tanpa perlu tunggu lama.

20/July/2016
Hasil daripada ujian darah, My wife Positive Air Kencing Tikus..!!!
Perasaan saya pada masa tu hanya Allah sahaja yang Tahu, tambahan pula isteri saya sedang mengandungkan anak sulung dan bakal melahirkan our first baby this years. Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan pada masa itu.

25/July / 2016
Isteri saya ditahan diwad selama 6 hari untuk habiskan antibiotic untuk melawan penyakit tersebut. Dan Alhamdulillah pada tarikh ini juga isteri saya kembali pulih seperti sediakala dan di Discharge.

Apa yang membuatkan saya terkilan, total bill selama isteri saya berada di Hospital Berjumlah RM6764..!!! Dan semuanya fully covered by AIA PUBLIC TAKAFUL(photo attached) . Mungkin dari segi bill saya masih lagi boleh Terima. Apa yang saya Tak boleh saya terima, selama isteri saya di hospital AiA PUBLIC TAKAFUL menyediakan Elaun hospital Berjumlah RM600(photo attached). Perkara ini tak sepatutnya berlaku kerana Benda ini akan menyebabkan orang di luar sana Sedar Betapa penting TAKAFUL sebagai Perlindungan untuk kita dan keluarga.
AIA PUBLIC TAKAFUL memang tak patut, kerana isteri saya Baru sahaja mencarum selama 2 tahun dan jika di kira (RM190X12bulan) x 2 Tahun = RM4560
Jumlah yang saya bayar Berjumlah RM4560, Tapi AIA PUBLIC TAKAFUL sudah keluarkan (RM6764(bil hospital) + RM600(elaun hospital) = RM7364 untuk Rawatan dan hibah buat isteri tercinta saya. Terima kasih juga kepada pencarum Takaful kerana mungkin bill yang digunakan isteri saya adalah wang daripada kalian semua yang mencarum dalam Perlindungan Takaful.
Semoga kisah benar ini menjadi tauladan dan ikhtibar buat rakan-rakan semua.!!

Credit To : ANUAR AIA Public Takaful


Categories: