TESTIMONI : MEDICAL INSURANCE PENIPU.

Posted by Rizuan on Thursday, August 18, 2016 with No comments
Saya nak viralkan rasa tertipu ni.
Client saya merangkap Sahabat baik saya kurang sihat pada awal bulan Jun tempoh hari.
10 JUN 2016:
Client ke Columbia Asia Hospital, Johor utk buat pemeriksaan. Jumlah bil RM313.40 sahaja sebab tidak diwadkan.

12 JUN 2016:
Client ke hospital lagi sebab masih x sembuh tapi kali ni ke Kempas Medical Centre, Johor Bahru pula. Atas nasihat doctor, client saya pun diwadkan di hospital tersebut.

14 JUN 2016:
Client discharge dari hospital kerana sudah sembuh. Jumlah bil kali ni RM4031.90.

20 JUN 2016:
Client ke Kempas Medical Centre semula utk menjalani rawatan susulan. Tidak diiwadkan. Jumlah bil kali ni RM132.40. Alhamdulillah, doctor sahkan Sahabat saya ini sembuh sepenuhnya dari jangkitan kuman.

Yang saya rasa tertipu adalah kerana jumlah bil sebelum diwadkan + bil rawatan susulan adalah sebanyak

RM445.80 (RM313.40 + RM132.40)
dan jumlah bil sepanjang diwadkan adalah RM4031.90 tetapi client x perlu keluar duit sendiri walaupun 1 sen sebab AIA tanggung 100% kos rawatan tanpa memaklumkan kepada saya terlebih dahulu.

Ni bukan kali pertama terjadi, perkara ni dah terjadi lebih 30x sejak saya jadi agent AIA hampir 2 tahun ni. Semuanya AIA tanggung 100%. Agak2 la. Bagi la peluang client nak merasa keluar duit sendiri. Kalau semuanya insurans nak tanggung habis tu para client nak tanggung apa?
Kesian client saya, setiap kali nak bayar bil hospital, mesti mereka akan rasa tertipu sebab mereka x dapat merasa bayar sendiri kos rawatan mereka. Arghhh!!!!
Mohon sahabat2 semua viralkan post ni, harap kita x tertipu lagi lepas ni!!

Credit To : Irza Sahabuddin


Categories: