"Most Outstanding Takaful Product" - Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2012,2014

  • "REAL LIFE COMPANY"

    AIA Public Takaful Berhad adalah syarikat perlindungan perubatan dan pelaburan yang berlandaskan syariah..

  • Perlindungan Perubatan

    Perlindungan limit tahunan yang tinggi, tiada Ko-Takaful, tiada limit seumur hidup dan beberapa manfaat lain antara sebab mengapa anda perlu mempunyai perlindungan dari syarikat kami..

  • Pelaburan

    Pulangan pelaburan yang tinggi dan rendah risiko antara sebab ramai mempercayai syarikat kami...

Showing posts with label TESTIMONI. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI. Show all posts

Thursday, 18 August 2016

TESTIMONI : MEDICAL INSURANCE PENIPU BESAR.!!!

Saya nak viralkan kerana rasa tertipunya saya dengan polisi syarikat AI* P**LIC TAKAFUL, Harap benda ni menjadi ikhtibar rakan2 smua yang berhajat nak amik polisi di masa depan.
Kisahnya bermula macam ni:
15/july/2016 2.35 p.m
My wife mempunyai simptom demam berpanjangan. Demam bermula 5 hari dari tarikh ini, dan saya telah inform pada Dr untuk jumpa pada keesokan harinya(photo attached), kerana risau tambahan pula isteri saya sekarang berbadan Dua. Untuk makluman, saya juga telah menghantar isteri saya di klinik pada 13/july/2016.
16/July/2016
Saya membatalkan apoiment dengan Dr kerana bila dilihat keadaan isteri saya yang semakin baik(photo attached). pandangan saya, warded is the last option.
The sinetron drama begins...
19/july/2016
Keadaan isteri saya semakin teruk dan demam berlarutan. Saya terus refer untuk apoiment dengan Dr terus dan bawa isteri saya ke Kota Bharu Medical Centre. 
Saya berikan ic dan medikal kad kepada Nurse untuk proseskan GL. Apa yang mengejutkan saya, GL approved the next 1 Hour tanpa perlu tunggu lama.

20/July/2016
Hasil daripada ujian darah, My wife Positive Air Kencing Tikus..!!!
Perasaan saya pada masa tu hanya Allah sahaja yang Tahu, tambahan pula isteri saya sedang mengandungkan anak sulung dan bakal melahirkan our first baby this years. Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan pada masa itu.

25/July / 2016
Isteri saya ditahan diwad selama 6 hari untuk habiskan antibiotic untuk melawan penyakit tersebut. Dan Alhamdulillah pada tarikh ini juga isteri saya kembali pulih seperti sediakala dan di Discharge.

Apa yang membuatkan saya terkilan, total bill selama isteri saya berada di Hospital Berjumlah RM6764..!!! Dan semuanya fully covered by AIA PUBLIC TAKAFUL(photo attached) . Mungkin dari segi bill saya masih lagi boleh Terima. Apa yang saya Tak boleh saya terima, selama isteri saya di hospital AiA PUBLIC TAKAFUL menyediakan Elaun hospital Berjumlah RM600(photo attached). Perkara ini tak sepatutnya berlaku kerana Benda ini akan menyebabkan orang di luar sana Sedar Betapa penting TAKAFUL sebagai Perlindungan untuk kita dan keluarga.
AIA PUBLIC TAKAFUL memang tak patut, kerana isteri saya Baru sahaja mencarum selama 2 tahun dan jika di kira (RM190X12bulan) x 2 Tahun = RM4560
Jumlah yang saya bayar Berjumlah RM4560, Tapi AIA PUBLIC TAKAFUL sudah keluarkan (RM6764(bil hospital) + RM600(elaun hospital) = RM7364 untuk Rawatan dan hibah buat isteri tercinta saya. Terima kasih juga kepada pencarum Takaful kerana mungkin bill yang digunakan isteri saya adalah wang daripada kalian semua yang mencarum dalam Perlindungan Takaful.
Semoga kisah benar ini menjadi tauladan dan ikhtibar buat rakan-rakan semua.!!

Credit To : ANUAR AIA Public Takaful


TESTIMONI : MEDICAL INSURANCE PENIPU.

Saya nak viralkan rasa tertipu ni.
Client saya merangkap Sahabat baik saya kurang sihat pada awal bulan Jun tempoh hari.
10 JUN 2016:
Client ke Columbia Asia Hospital, Johor utk buat pemeriksaan. Jumlah bil RM313.40 sahaja sebab tidak diwadkan.

12 JUN 2016:
Client ke hospital lagi sebab masih x sembuh tapi kali ni ke Kempas Medical Centre, Johor Bahru pula. Atas nasihat doctor, client saya pun diwadkan di hospital tersebut.

14 JUN 2016:
Client discharge dari hospital kerana sudah sembuh. Jumlah bil kali ni RM4031.90.

20 JUN 2016:
Client ke Kempas Medical Centre semula utk menjalani rawatan susulan. Tidak diiwadkan. Jumlah bil kali ni RM132.40. Alhamdulillah, doctor sahkan Sahabat saya ini sembuh sepenuhnya dari jangkitan kuman.

Yang saya rasa tertipu adalah kerana jumlah bil sebelum diwadkan + bil rawatan susulan adalah sebanyak

RM445.80 (RM313.40 + RM132.40)
dan jumlah bil sepanjang diwadkan adalah RM4031.90 tetapi client x perlu keluar duit sendiri walaupun 1 sen sebab AIA tanggung 100% kos rawatan tanpa memaklumkan kepada saya terlebih dahulu.

Ni bukan kali pertama terjadi, perkara ni dah terjadi lebih 30x sejak saya jadi agent AIA hampir 2 tahun ni. Semuanya AIA tanggung 100%. Agak2 la. Bagi la peluang client nak merasa keluar duit sendiri. Kalau semuanya insurans nak tanggung habis tu para client nak tanggung apa?
Kesian client saya, setiap kali nak bayar bil hospital, mesti mereka akan rasa tertipu sebab mereka x dapat merasa bayar sendiri kos rawatan mereka. Arghhh!!!!
Mohon sahabat2 semua viralkan post ni, harap kita x tertipu lagi lepas ni!!

Credit To : Irza Sahabuddin


TESTIMONI : 3 Anak ADMIT sekaligus, TIDAK BERKONGSI had tahunan (Pakej Keluarga)

Untuk pengetahuan semua, kad perubatan AIA Public Takaful tidak BERKONGSI manfaat pelan di antara setiap ahli keluarga jika pelanggan mengambil PAKEJ KELUARGA. Jika pelan minimum di AIA Public Takaful (Room 150), had tahunan adalah RM100,000 setiap ahli keluarga. Maka jumlah RM600,000 setiap tahun maksimum AIA Public Takaful akan COVER.

Ayah   (Had tahunan RM100,000, TIADA HAD seumur hidup)
Ibu      (Had tahunan RM100,000, TIADA HAD seumur hidup)
Anak1 (Had tahunan RM100,000, TIADA HAD seumur hidup)
Anak2 (Had tahunan RM100,000, TIADA HAD seumur hidup)
Anak3 (Had tahunan RM100,000, TIADA HAD seumur hidup)
Anak4 (Had tahunan RM100,000, TIADA HAD seumur hidup)

Dibawah adalah salah satu testimoni client, ketiga-tiga anak ADMIT sekaligus, dan ALHAMDULILLAH kad perubatan AIA Public Takaful tanggung semua kos perubatan di hospital. Untuk pengetahuan semua, TIADA masalah jika kesemua ahli keluarga pemegang kad perubatan AIA terpaksa ADMIT di hospital sekaligus.

Berapa caruman untuk pelan perubatan keluarga AIA? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.. :)

Credit to : Ayob Sadarman



Tuesday, 8 March 2016

TESTIMONI : MEDICAL CARD PENIPU!

Assalammualaikum W.B.T..

MEDICAL CARD PENIPU!!

Mesti semua tertanya-tanya apa yang medical card ni menipu. Berikut sedikit sebanyak perkongsian customer kami yang menggunakan Medical Card AIA Public Takaful..




1st experience admit private hospital.
### MEDICAL CARD PENIPU! ####
===================
Anak aku musfy dah seminggu demam.
On off on off.. Malam tadi still same mcm malam-malam lepas, meragam! Tidur tak lena, asik batuk-batuk muntah dan ngadu susah nak nafas.
Farmacy dah pegi, doktor dah jumpe, tapi still badan lemah, selera makan xde dan y paling aku lemah, nak senyum kat aku pon susah.
Malam tadi aku panik sekejap, pegang dada anak aku, rase lain macam laju jantung die berdegup, mcm org tengah lumbe lari, tapi terbaring lemah je. Aku fikir xpelah, xde ape kot, tepuk-tepuk biar die tidur, nanti baik lah tu. Mungkin penat bermain siang tadi. Wife bagi cadangan, "jom lah bawa musfy ke hospital, check ape yang patut, die kan ade MEDICAL CARD". Aku jawab, " betul jugak, tapi medikal kad tu gune utk sakit-sakit serius je. Takkan lah demam pon nk pakai medikal kad". Xpelah, esok tengok macam mana ye, kate aku habiskan bual.
Pagi jumaat aku bangun check balik keadaan musfy, rase kepale die panas sangat, pastu try kejut, tak bangun-bangun, rase dada die pun same macam malam tadi,laju lain macam. Nafas pon jelas nampak susah. Aku dah mule nak panic. Aku pon ape lagi, siap-siap lah nak ke hospital.
Mule aku ke hospital SALAM specialist, datang kaunter cakap nk jumpa doktor. Saya ada MEDICAL CARD, tolong daftarkan anak saya segera. En kaunter pon ambik lah anak aku punya myKid dan MEDICAL CARD. Tup-tup selang 5 minit die panggil, maaf en kami tak dapat terima anak en kerana wad kami telah penuh. HEMPEH! Time-time nih la nak wad penuh.
Aku bergegas pulak ke hospital KPJ. Ini lagi aku tak boleh terima. Nak kate punye lah ramai orang, sampai tempat parking emegency pon orang sapu.
Ramai orang, xde wad kosong!
Tak boleh jadi, aku bergegas ke hospital COLUMBIA pula.
Jam dah 1.30pm. Zohor dah masuk, waktu JUMAAT. Anak aku tak settle lagi, nk tinggalkan wife uruskan anak macam susah, sebab tengok dia jaga anak lelaki aku mishary pun macam dah tak cukup tangan.
Tanpa fikir panjang, aku terus ke kaunter kecemasan. "En, anak saya deman panas dan sukar bernafas, boleh tak beri rawatan segera pada anak saya?" Saya ade MEDICAL CARD. Dengan selamber cik di kaunter tu jawab, "maaf en, waiting list untuk masuk wad pun dan double booking. Wad semua dah penuh. En tunggu sebentar, saya panggilkan dokter untuk beri pemeriksaan awal dahulu". Hampeh betol! Memang hari nie sume orang sakit ke? Takkan satu bilik pon takde yang kosong?
Lepas 10 minit sorang doktor cine datang, die panggil masuk dan buat pemeriksaan. Die tanya ape history selame seminggu untuk anak aku. Lepas habis die diagnos, die pun cakap, anak en ade jangkitan di paru-paru. Oksigen di dalam paru-parunya amat kurang, sebab itu jantung dia terpaksa bergerak laju untuk mengepam oksigen ke dalam paru-paru. Suhu badannya juga tinggi. 38.7c . Dia harus di tahan wad dan segera di berikan rawatan.
Bile aku dengar je dokter cakap macam tu, aku dah panic. Aku tanya dokter, macam mana dokter? Wad ada tak untuk anak saya? Dokter pandang aku 2 kali. Saya minta maaf en, wad di sini memang telah penuh. Saya akan cuba dapat kan hospital lain yang berhampiran untuk kes anak en.
Dokter call KPJ untuk pastikan ade wad. Jawapan yang sama, PENUH! Dokter call hospital MAWAR specialist. Sama juga. PENUH! Last choice hospital NSCMH medical centre. Dokter call dan dapat tahu hanya tinggal 2 sahaja bilik kosong.
Oleh kerana kes anak aku nie boleh di katakan kes kecemasan, jadi dokter siapkan report terus untuk di bawa ke NSCMH sebagai referer bila tiba di sana nanti. Aku terus bergegas untuk kejar 2 bilik wad yang tinggal demi untuk dapatkan rawatan terbaik untuk anak aku.
Setiba di sana, anak aku terus di bawa ke emegency site, jumpe dokter dan serahkan surat dari Columbia tadi. Sekali lagi dokter tanya aku history utk ana aku selama seminggu. Die diagnos betul-betul untuk pastikan ape treatment yang terbaik untuk di berikan. Musfy harus jalani ujian darah, buat X-ray pada dada dan di berikan bantuan oksigen sebagai rawatan awal. Lepas anak aku dh baring atas katil dan dah mule di berikan rawatan baru lega sedikit hati.
Aku kemudian terus ke kaunter pendaftaran untuk uruskan admition. Cik kaunter minta myKid dan MEDICAL CARD anak aku. Tak lame lepas tu die pun cakap " ok en, anak en boleh terus admit dan dapat rawatan di sini, tapi en bersedia tak untuk bayar sendiri sekiranya kad belum boleh di gunakan lagi? Malas aku fikir-fikir, aku jawab je saya sedia. Settle.
Aku terus call agen takaful untuk laporkan kes anak aku dan bertanyakan status MEDICAL CARD. Setelah die semak semua, by right memang anak aku covered, cume umur polisi tak cukup 90 hari untuk MEDICAL CARD tu guna CASHLESS "swap utilities". Memang tertulis pada polisi, pada tempoh sekian kes anak aku kene PAY & CLAIM. Aku terima je, sebab memang ade agen aku cakap pasal tempoh tu dulu.
Dokter panggil aku dan sahkan yang anak aku mengidap Pneumonia. Dr Rubini name die. Anak aku akan di tahan wad selama 3 ke 5 hari. Dokter bagi anak aku wad Cinderalla (wad single). Aku tengok wad tu dah tak macam wad tapi playground untuk budak-budak. Memang 1st class. Bermulelah perkampungan Cinderella aku dan wife malam tu.
Lepas dokter buat Round table, die kate "jangan risau, anak en stabil dan akan pulih normal". Setelah selesai, die pun nak tinggalkan kami untuk ke wad lain, aku pun pergi ke luar wad dan bertanyakan sesuatu.
Aku : dr, agaknya anak saya akan di tahan berapa lama ye? Makin lame di tahan mesti makin tinggi kos kan? Berapa average cost ye untuk kes anak saya?
Rubini : depends situation en. Paling cepat dalam 3 hari dan paling lambat mungkin seminggu. Kos rawatan dalam lingkungan 3 - 5 ribu . Saya akan cube yang terbaik.
Aku : terima kasih doktor. Saya amat hargainya
Aku tanye tu bukan sebab risau anak aku tak boleh sembuh, tapi risau duit nk kene bayar nanti bile dah sembuh. 5k bulan sikit2. Nak tak nak kene terima. Demi anak aku.
Selang beberapa jam, aku dapat panggilan dari administration, hati aku dah berdebar. Die nak mintak duit deposit lah nie, kata hati aku.
Sampai kaunter, cik kaunter bagi tahu. Tahniah en. GL (guarantee letter) kami, AIA telah approved. Semua kos anak en di biayai AiA. Wow! Ini berite baik !
Memang PENIPU punye AiA, anak aku punya policy mule 8.1.16, sah kene Pneumonia dan warded 4.3.16. Belum cukup tempoh ikut policy untuk dapat Full coverage + swap utilities tapi die selumber APPROVED kes anak aku.
Terima kasih AiA
Terima kasih agen ! حسن محمد Hassan Muhamad
اللهم اشفها شفاء عاجلا
Seminggu aku berkampong di Cinderella ward dengan hati yang gumbira! smile emoticon smile emoticon smile emoticon

Friday, 23 January 2015

Pandangan Chef Wan mengenai Insurans - "Jangan rasa kedekut untuk membeli insurance medical tau.."

Assalammualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Umum mengetahui, baru-baru ini chef terkenal di Malaysia (Chef wan) telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru. Beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Swasta di Kuala Lumpur (Glenegles Hospital) yang mana umum mengetahui kos rawatan disana adalah agak tinggi. 



Ini antara apa yang telah diceritakan di Intagram Miliknya.


"My presidential suite room at the Gleneagle hospital is like a hotel pulak.It has its own office, two kitchen area siap dua peti sejuk and 3 TV.Bedroom, Living and asst or Maid TV area jugak.
I was told all for rm$3,800.00 a night.When i was told mula2 almost nak jatuh pitam terus."

Amboi!! mahalnya Chef Wan?? Chef Wan bayar semua ni ke ker?? Alaa.. Chef kan banyak duit. Apa ada hal..

"Tapi my wonderful AIA Insurance will take care of all that lah. Jika tidak saya sewa maid room tu sahaja lah. This is the beauty of having a good medical coverage. U will never know your rainy days. Sedia kan payung sebelum hujan kan. Thank you to my wonderful friend Puan Laila Johari from AIA Insurance that always take care of my insurance need.
"

Opppss!! Coverage dari AIA rupanya.. :)



Mudah-mudahan Chef Wan cepat sembuh ya.. Amin...

Tapi apa yang saya nak tekan kan disini adalah, kata-kata dari beliau..

"When u are sick u also want abit of style and glamour which u are accustomed with.
Tak kan holiday sahaja nak tidur di hotel best2 5 star sahaja.
Jika sakit pun mesti selesa.
Especially if u worked superhard for your money.
So jangan rasa kedekut untuk membeli insurance medical tau.
Its for yr own good and family.
Nasihat org tua yg dah lama makan garam."


Rupa-rupanya Chef wan pun ambil polisi dari AIA. Anda bila lagi? :)