TESTIMONI : MEDICAL CARD PENIPU!

Posted by Rizuan on Tuesday, March 08, 2016 with 8 comments
Assalammualaikum W.B.T..

MEDICAL CARD PENIPU!!

Mesti semua tertanya-tanya apa yang medical card ni menipu. Berikut sedikit sebanyak perkongsian customer kami yang menggunakan Medical Card AIA Public Takaful..




1st experience admit private hospital.
### MEDICAL CARD PENIPU! ####
===================
Anak aku musfy dah seminggu demam.
On off on off.. Malam tadi still same mcm malam-malam lepas, meragam! Tidur tak lena, asik batuk-batuk muntah dan ngadu susah nak nafas.
Farmacy dah pegi, doktor dah jumpe, tapi still badan lemah, selera makan xde dan y paling aku lemah, nak senyum kat aku pon susah.
Malam tadi aku panik sekejap, pegang dada anak aku, rase lain macam laju jantung die berdegup, mcm org tengah lumbe lari, tapi terbaring lemah je. Aku fikir xpelah, xde ape kot, tepuk-tepuk biar die tidur, nanti baik lah tu. Mungkin penat bermain siang tadi. Wife bagi cadangan, "jom lah bawa musfy ke hospital, check ape yang patut, die kan ade MEDICAL CARD". Aku jawab, " betul jugak, tapi medikal kad tu gune utk sakit-sakit serius je. Takkan lah demam pon nk pakai medikal kad". Xpelah, esok tengok macam mana ye, kate aku habiskan bual.
Pagi jumaat aku bangun check balik keadaan musfy, rase kepale die panas sangat, pastu try kejut, tak bangun-bangun, rase dada die pun same macam malam tadi,laju lain macam. Nafas pon jelas nampak susah. Aku dah mule nak panic. Aku pon ape lagi, siap-siap lah nak ke hospital.
Mule aku ke hospital SALAM specialist, datang kaunter cakap nk jumpa doktor. Saya ada MEDICAL CARD, tolong daftarkan anak saya segera. En kaunter pon ambik lah anak aku punya myKid dan MEDICAL CARD. Tup-tup selang 5 minit die panggil, maaf en kami tak dapat terima anak en kerana wad kami telah penuh. HEMPEH! Time-time nih la nak wad penuh.
Aku bergegas pulak ke hospital KPJ. Ini lagi aku tak boleh terima. Nak kate punye lah ramai orang, sampai tempat parking emegency pon orang sapu.
Ramai orang, xde wad kosong!
Tak boleh jadi, aku bergegas ke hospital COLUMBIA pula.
Jam dah 1.30pm. Zohor dah masuk, waktu JUMAAT. Anak aku tak settle lagi, nk tinggalkan wife uruskan anak macam susah, sebab tengok dia jaga anak lelaki aku mishary pun macam dah tak cukup tangan.
Tanpa fikir panjang, aku terus ke kaunter kecemasan. "En, anak saya deman panas dan sukar bernafas, boleh tak beri rawatan segera pada anak saya?" Saya ade MEDICAL CARD. Dengan selamber cik di kaunter tu jawab, "maaf en, waiting list untuk masuk wad pun dan double booking. Wad semua dah penuh. En tunggu sebentar, saya panggilkan dokter untuk beri pemeriksaan awal dahulu". Hampeh betol! Memang hari nie sume orang sakit ke? Takkan satu bilik pon takde yang kosong?
Lepas 10 minit sorang doktor cine datang, die panggil masuk dan buat pemeriksaan. Die tanya ape history selame seminggu untuk anak aku. Lepas habis die diagnos, die pun cakap, anak en ade jangkitan di paru-paru. Oksigen di dalam paru-parunya amat kurang, sebab itu jantung dia terpaksa bergerak laju untuk mengepam oksigen ke dalam paru-paru. Suhu badannya juga tinggi. 38.7c . Dia harus di tahan wad dan segera di berikan rawatan.
Bile aku dengar je dokter cakap macam tu, aku dah panic. Aku tanya dokter, macam mana dokter? Wad ada tak untuk anak saya? Dokter pandang aku 2 kali. Saya minta maaf en, wad di sini memang telah penuh. Saya akan cuba dapat kan hospital lain yang berhampiran untuk kes anak en.
Dokter call KPJ untuk pastikan ade wad. Jawapan yang sama, PENUH! Dokter call hospital MAWAR specialist. Sama juga. PENUH! Last choice hospital NSCMH medical centre. Dokter call dan dapat tahu hanya tinggal 2 sahaja bilik kosong.
Oleh kerana kes anak aku nie boleh di katakan kes kecemasan, jadi dokter siapkan report terus untuk di bawa ke NSCMH sebagai referer bila tiba di sana nanti. Aku terus bergegas untuk kejar 2 bilik wad yang tinggal demi untuk dapatkan rawatan terbaik untuk anak aku.
Setiba di sana, anak aku terus di bawa ke emegency site, jumpe dokter dan serahkan surat dari Columbia tadi. Sekali lagi dokter tanya aku history utk ana aku selama seminggu. Die diagnos betul-betul untuk pastikan ape treatment yang terbaik untuk di berikan. Musfy harus jalani ujian darah, buat X-ray pada dada dan di berikan bantuan oksigen sebagai rawatan awal. Lepas anak aku dh baring atas katil dan dah mule di berikan rawatan baru lega sedikit hati.
Aku kemudian terus ke kaunter pendaftaran untuk uruskan admition. Cik kaunter minta myKid dan MEDICAL CARD anak aku. Tak lame lepas tu die pun cakap " ok en, anak en boleh terus admit dan dapat rawatan di sini, tapi en bersedia tak untuk bayar sendiri sekiranya kad belum boleh di gunakan lagi? Malas aku fikir-fikir, aku jawab je saya sedia. Settle.
Aku terus call agen takaful untuk laporkan kes anak aku dan bertanyakan status MEDICAL CARD. Setelah die semak semua, by right memang anak aku covered, cume umur polisi tak cukup 90 hari untuk MEDICAL CARD tu guna CASHLESS "swap utilities". Memang tertulis pada polisi, pada tempoh sekian kes anak aku kene PAY & CLAIM. Aku terima je, sebab memang ade agen aku cakap pasal tempoh tu dulu.
Dokter panggil aku dan sahkan yang anak aku mengidap Pneumonia. Dr Rubini name die. Anak aku akan di tahan wad selama 3 ke 5 hari. Dokter bagi anak aku wad Cinderalla (wad single). Aku tengok wad tu dah tak macam wad tapi playground untuk budak-budak. Memang 1st class. Bermulelah perkampungan Cinderella aku dan wife malam tu.
Lepas dokter buat Round table, die kate "jangan risau, anak en stabil dan akan pulih normal". Setelah selesai, die pun nak tinggalkan kami untuk ke wad lain, aku pun pergi ke luar wad dan bertanyakan sesuatu.
Aku : dr, agaknya anak saya akan di tahan berapa lama ye? Makin lame di tahan mesti makin tinggi kos kan? Berapa average cost ye untuk kes anak saya?
Rubini : depends situation en. Paling cepat dalam 3 hari dan paling lambat mungkin seminggu. Kos rawatan dalam lingkungan 3 - 5 ribu . Saya akan cube yang terbaik.
Aku : terima kasih doktor. Saya amat hargainya
Aku tanye tu bukan sebab risau anak aku tak boleh sembuh, tapi risau duit nk kene bayar nanti bile dah sembuh. 5k bulan sikit2. Nak tak nak kene terima. Demi anak aku.
Selang beberapa jam, aku dapat panggilan dari administration, hati aku dah berdebar. Die nak mintak duit deposit lah nie, kata hati aku.
Sampai kaunter, cik kaunter bagi tahu. Tahniah en. GL (guarantee letter) kami, AIA telah approved. Semua kos anak en di biayai AiA. Wow! Ini berite baik !
Memang PENIPU punye AiA, anak aku punya policy mule 8.1.16, sah kene Pneumonia dan warded 4.3.16. Belum cukup tempoh ikut policy untuk dapat Full coverage + swap utilities tapi die selumber APPROVED kes anak aku.
Terima kasih AiA
Terima kasih agen ! حسن محمد Hassan Muhamad
اللهم اشفها شفاء عاجلا
Seminggu aku berkampong di Cinderella ward dengan hati yang gumbira! smile emoticon smile emoticon smile emoticon

Categories: