KLIFF 2015 "The Most Outstanding Takaful Product 2015" - AIA Public Takaful Bhd (A-LifeLink-i)

Posted by Rizuan on Sunday, December 06, 2015 with No comments
Assalammualaikum W.B.T & Selamat Sejahtera semua..

Baru-baru ini telah berlangsungnya Kuala Lumpur Islamic Financial Forum 2015 kali ke-12 di The Royale Chulan Kuala Lumpur. Forum ini berlangsung bertujuan untuk mengiktiraf usaha keras dan sumbangan oleh pihak individu dan institusi dalam membangunkan industri kewangan Islam. Banyak anugerah yang dipertandingkan dan salah satunya adalah pengiktirafan bagi produk takaful di Malaysia.



 

 

The Most Outstanding Takaful Product

Di KLIFF 2015, banyak pencalonan telah dibuat & salah satunya adalah produk takaful. Alhamdulillah, buat kali ketiga AIA Public Takaful telah memenangi anugerah "The Most Outstanding Takaful Product" melalui produk A-LifeLink-i.

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!.. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat dijadikan pemangkin semangat kepada semua Life Planner yang bernaung di bawah syarikat ini dalam memberikan kesedaran takaful kepada orang ramai disamping perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan-pelanggannya.