Kenapa saya perlu mendapatkan pelan perubatan dari AIA Public Takaful?

Posted by Rizuan on Thursday, May 21, 2015 with No comments
Assalammualikum W.B.T & Salam Sejahtera..



Apa khabar semua? Di harap sihat-sihat sahaja hendaknya. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua dalam menjalani kehidupan seharian. Di ruangan kali ini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak antara sebab-sebab mengapa anda perlu memilih pelan perubatan dari AIA Public Takaful. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua dalam memilih pelan perubatan anda.

Antara sebab-sebabnya adalah : 

Point No1 : Had Tahunan yang tinggi & Tiada Had Seumur Hidup

Tiada Had seumur hidup!! Ya betul memang tiada had seumur hidup. Salah satu ciri-ciri yang perlu kita cari dalam pemilihan pelan perubatan adalah perlindungan maksimum yang boleh kita perolehi. Had tahunan pula bermula dari RM100,000 hingga RM260,000 dan anda boleh memilih pelan yang bersesuaian dengan anda.



Point No2 : Perlindungan seumur hidup (sehingga umur 100 tahun)

Perlindungan seumur hidup sehingga umur 100 tahun. Saya rasa telah banyak syarikat takaful lain juga telah mula menyediakan perlindungan hingga umur 100 tahun ini. So sekarang anda tak perlu bimbang lagi, andai ditakdirkan anda hidup hingga umur 100 tahun, insyaAllah AIA takaful masih memberi perlindungan ke atas diri anda.




Point No3 : Tiada Ko-Takaful

Pelan takaful dari AIA Public Takaful merupakan pelan perlindungan tanpa Ko-Takaful. Bagi sesiapa yang masih belum faham mengenainya apa itu Ko-Takaful, saya akan beri sedikit perkongsian tentang apa itu Ko-Takaful & mudah-mudahan anda dapat sedikit maklumat mengenainya. 

Ko-Takaful adalah perkongsian bayaran kos rawatan antara pengendali/syarikat takaful bersama peserta dimana peserta akan membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengendali / syarikat takaful, berbeza dengan Kad Perubatan yang tiada ko-takaful,100% kos rawatan akan ditanggung oleh pengendali/syarikat takaful. 

Sebagai contoh : 

Jika jumlah bil perubatan sebanyak RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. So, anda masih perlu membayar ko-takaful sebanyak RM500 kepada hospital. 

Di AIA Public Takaful, insyaAllah 100% bil hospital akan dibayar sepenuhnya oleh pihak syarikat. Menarik bukan? Yela.. dah la kita sakit nak masuk hospital, bila dengar kena bayar lagi 10%, bertambah sakit la kita.. Hehe.. 

So, bolehlah saya katakan pelan perubatan AIA ini adalah pelan "Cashless Medical Card", dimana tiada apa-apa bayaran yang perlu dibuat oleh pemegang polisi AIA Public Takaful.

Point No4 : Hassle-Free "Just Swipe" for hospital admissions

Bagi pemegang polisi AIA Public Takaful, mereka akan diberikan kad magnetik 14 digit seperti kad kredit, bagi memudahkan proses kemasukan ke hospital. Kebiasaaannya, proses kemasukan wad di hospital memerlukan masa menunggu yang lama bagi mendapatkan GL (Guarantee Letter) dari pihak syarikat pengendali takaful. Tetapi di AIA, ia memudahkan pemegang polisi dengan memberi kemudahan kemasukan mendapatkan rawatan dahulu di hospital tanpa menunggu lama dalam proses mendapatkan GL. Pihak hospital akan "swipe" kad perubatan AIA di kaunter seperti mana "swipe" kad kredit bagi kemasukan hospital adan jika tiada masalah dengan polisi, maka kemasukan hospital adalah dijamin masuk dengan kadar segera. Selalunya, jika tiada masalah bayaran dibuat oleh pemegang polisi, seperti "lapsed payment", maka tiada masalah untuk kemasukan ke hospital. 

Point No5 : Priority for AIA Public Takaful policy holder 

Bagi pemegang polisi AIA Public Takaful, keutamaan akan diberikan dalam mendapatkan rawatan di hospital-hospital panel yang telah di senaraikan oleh pihak syarikat. Seperti di hospital Glenegles misalnya, papan tanda "Priority" telah di letakkan bagi membuktikan / menunjukkan bahawa syarikat kami telah diberikan sedikit kelebihan untuk pemegang polisi takafulnya mendapatkan rawatan di sini. Biasanya, hal sebegini disebabkan oleh kebolehpercayaan hospital dengan pengendali takaful, dimana salah satunya adalah latar belakang syarikat yang telah dikenali jenamanya dan tiadanya masalah dalam proses bayaran kos perubatan kepada pihak hospital.

Point No6 : 1 Keluarga, 1 Polisi, 1 Harga

Selain apa yang disenaraikan di atas, AIA Public Takaful juga merupakan satu-satunya pengendali takaful di Malaysia yang ada menyediakan pakej perubatan khas untuk keluarga, di mana pakej keluarga ini memberi perlindungan satu keluarga untuk ayah, ibu beserta dengan 4 orang anak. Pakej keluarga ini bayarannya adalah lebih rendah dan ianya hanya memerlukan 1 polisi tanpa membuat lebih dari 1 polisi. Kebiasaannya pemegang polisi berumur bawah 30 tahun, bayarannya adalah sebanyak RM321/month dan dapat manfaat had limit tahunan sebanyak RM100000 setahun. Had tahunan ini pula tidak dikongsi oleh setiap ahli keluarga, sebagai contoh :

1) Ayah - RM100000
2) Ibu - RM100000
3) Anak1 - RM100000
4) Anak2 - RM100000
5) Anak3 - RM100000
6) Anak4 - RM100000

Jadi, jumlah had tahunan untuk satu keluarga adalah RM600000 setahun. Tinggi bukan manfaat had tahunan yang diberi? So, bolehlah contact saya untuk sign-up policy. 

Point No7 : "Most Outstanding Takaful Product" 

Untuk pengetahuan semua, pelan perubatan dari AIA Public Takaful melalui produknya (A-Life Med Regular-i) telah dinobatkan "Most Outstanding Takaful Product" pada tahun 2012 & 2014 di Kuala Lumpur Islamic Financial Forum [KLIFF 2014]. Kemenangan ini adalah disebabkan perlindungan komprehensif yang diberikan oleh syarikat. 


Mudah-mudahan ianya akan dinobatkan sekali lagi pada forum akan datang. Ingin saya tekankan disini, kemenangan ini bukan bertujuan untuk menandakan produk kami adalah yang terbaik, tetapi hanya untuk pengetahuan kepada semua sahaja. Sekali lagi ingin saya tekankan disini, tiada istilah terbaik dalam sesuatu produk kerana terdapat pro & con bagi perlindungan yang disediakan setiap pengendali takaful. 

"Tiada istilah TERBAIK bagi setiap produk dari mana-mana pengendali takaful, kerana yang TERBAIK itu hanya boleh ditentukan oleh pencarum takaful itu sendiri"

Point No8 : Had sehingga 1.5 juta setahun

Untuk pengetahuan semua, di AIA Public Takaful ada juga menyediakan pelan perubatan berserta takaful hayat. Disebabkan pelan perubatan di APTB adalah flexible, maka pencarum boleh memilih sama ada inginkan pelan perubatan standalone atau investment link life takaful dimana ada manfaat simpanan, pampasan kematian dan pelaburan. 
Kebiasaannya ramai pencarum memilih untuk mendapatkan pelan takaful hayat dimana ianya boleh di attach rider-rider lain dalam pelan perubatan sedia ada dan harganya yang tidak meningkat setiap tahun.


Untuk mendapatkan perlindungan sehingga 1.5 juta setahun, pencarum perlu memilih Life Takaful Medical Card untuk attach rider A-PlusMedBooster-i di dalam pelan Medical Card. Rider ini tidak disediakan bagi pelan perubatan Standalone Medical Card. Had tahunan bergantung pada manffat bilik dimana Bilik 150 - had tahunan 1.0 juta, Bilik 200 - had tahunan 1.25 juta dan Bilik 250 sehingga 500 - had tahunan 1.5 juta. Banyak juga manfaat lain dengan adanya rider ini, dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi saya.

Point No9 : Pencarian panel hospital di Apps Store

Pencarian panel hospital juga sangat mudah dibuat dengan adanya aplikasi yang disediakan di AppsStore. Pengguna boleh memuat turun aplikasi "Medical Network Directory" dan install di smartphone. Pengguna boleh terus mendapat tahu lokasi hospital panel terdekat dengan anda, melalui fungsi GPS.