Enam pemandu berlumba atas DUKE, 3 maut termasuk bayi
Posted by
Rizuan
on
Thursday, May 07, 2015
with
No comments
Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..
Umum mengetahui baru-baru ini, berlaku kemalangan maut di Lebuhraya DUKE melibatkan sepasang suami isteri dan anak mereka berusia 7 bulan. Kemalangan maut ini di laporkan adalah disebabkan oleh kecuaian orang lain ketika memandu di lebuhraya berkenaan. Ikuti laporan dari Astro AWANI di bawah..
Umum mengetahui baru-baru ini, berlaku kemalangan maut di Lebuhraya DUKE melibatkan sepasang suami isteri dan anak mereka berusia 7 bulan. Kemalangan maut ini di laporkan adalah disebabkan oleh kecuaian orang lain ketika memandu di lebuhraya berkenaan. Ikuti laporan dari Astro AWANI di bawah..
Pautan dari portal Astro Awani Online :
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke di sini awal pagi tadi.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, lapor Bernama.
Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.
Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kereta Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.
"Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.
"Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan," katanya kepada Bernama.
Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu termasuk seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak mengalami kecederaan.
Ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba di Lebuhraya Duke ketika itu seperti yang dipapar di Facebook, Markandan berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.
"Kita difahamkan bahawa keenam-enam pemandu Myvi itu baru pulang dari minum di Ampang. Pihak kita sedang mengambil keterangan daripada mereka," katanya.
Pengajaran / Peringatan :
Ucapan TAKZIAH kepada ahli keluarga mangsa & marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat & di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Untuk pengetahuan semua juga, arwah Fairuz Nizam Husain merupakan salah seorang pemegang polisi dari AIA Public Takaful Berhad, melalui perunding dari agensi kami Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. Mudah-mudahan wakil perunding beliau dapat menunaikan amanah yang diberi. Semoga pihak AIA Public Takaful juga memudahkan sebarang proses yang terlibat.
Ingin saya ingatkan sekali lagi kepada semua, takaful bukanlah untuk perlindungan perubatan sahaja, tetapi perlindungan kewangan anda jika berlakunya sebarang musibah. Diharap, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya perlindungan takaful untuk anda dan juga keluarga anda.
Categories:
AIA PUBLIC TAKAFUL
0 comments :
Post a Comment