"MEDICAL INSURANCE LAHAN*T" - BACA JAWAPAN DARI EJEN TAKAFUL INI DAHULU SEBELUM BATALKAN POLISI ANDA.

Posted by Rizuan on Thursday, August 18, 2016 with No comments

Baru- baru ini kecoh di media social mengatakan "MEDICAL INSURANCE LAHANAT". Ramai yang mengatakan syarikat insurans ni adalah penipu besar & bermacam-macam kritikan negatif muncul bagi memburuk-burukkan fungsi syarikat TAKAFUL itu sendiri. Sedikit salah faham tentang fungsi takaful itu sendiri sangat cepat diVIRALkan. Mungkin pencarum Takaful tidak berapa tahu bahawa setiap proses kemasukan wad memerlukan GL, dan proses tersebut melibatkan pihak hospital & juga syarikat insurans/takaful itu sendiri.



Berikut adalah sedikit penerangan dari SENIOR AGENT dari syarikat takaful tersebut yang telah lama berkecimpung dalam industri takaful menjawab kes tersebut. Menurut beliau, ada juga kes sama berkaitan DEMAM VIRAL telah diluluskan oleh syarikat tersebut, tetapi tidak diviralkan. 


Petikan dari tulisan beliau :

RM0.00 1-2: Cert No: 96XXXXX Name: ADAM XXXXXX BIN MOHD XXXX PAL REQUEST from KPJ Sabah Specialist Hospital, CLM NO: 16XXXXX REGISTERED on 15-08-2016...
Claim viral fever yg lulus ini tidak jadi viral pun....
Untuk sebahagian ibu bapa, semua demam anak pun demam yg "kritikal". Jika berlaku di hospital kerajaan, barangkali "doktor lahanat" akan kena viral sebab taknak admit anak dia. Ramai anak yg dapat viral fever dirawat di klinik biasa RM50-80, tapi ada pulak yg nak claim beribu-ribu hanya untuk viral fever yg boleh dirawat secara pesakit luar (outpatient).
Ya, viral fever ada yg boleh discaj ada yg boleh masuk wad. Secara amnya viral fever lawatan pertama budak yg tiada apa-apa penyakit sedia ada, boleh minum air tiada dehidrasi - tak perlu masuk wad. Kebanyakan kes viral fever hanya perlu paracetamol (syrup atau suppository) dan minum air secukupnya, boleh dirawat sebagai outpatient. Seperti dalam FB customer itu, dia akui tiada IV hydration diberikan semasa dalam wad, maknanya anak itu boleh minum air secukupnya melalui mulut cara biasa.
Yang perlu masuk wad kalau dia ada penyakit sedia ada yg serius atau diikuti bersama dehidrasi dan tahap aktiviti yg sangat berkurang. Ada viral fever yg boleh admit seperti kes di atas, dan ada viral fever yg tidak perlu admit seperti "kes insurans lahanat".
Saya sebagai doktor dahulu pernah dimarah ibubapa yg anaknya dapat viral fever, mereka tidak puashati kerana:
 nak masuk wad padahal anaknya tidak perlu pun masuk
 tidak mahu masuk wad padahal anaknya sangat perlu masuk (kerana dehidrasi dan tahap aktiviti yg sangat berkurangan)
Nasib baik kemahiran komunikasi saya tiptop, tiada ibubapa viralkan aku sebagai doktor lahanat.
Di sini saya sangat berminat nak baca dan analisa laporan doktor yg dihantar ke syarikat. Adakah ia termasuk frasa:
"Child active"
"Child well hydrated"
"Parents keen to discharge, treat at home"
"IV hydration required"
Keputusan ujian influenza B dan ujian lain-lain
Faktor pemboleh ubah di sini ialah:
 laporan perubatan yg dihantar ke syarikat insurans.
 pengalaman & justifikasi claims examiner
Kadangkala laporan doktor swasta yg saya jumpa banyaknya one or two-liner sahaja. Kalau detail sikit mungkin dapat membantu urusan claims insurans. Saya tak tahu kes ini macamana. Kadangkala claims examiner itu baru, atau daripada syarikat luar, atau pihak ketiga (third party). Keputusan claims examiner boleh dipertikai, can be contested, mana-mana syarikat pun. Boleh guna saluran FMB - financial mediation bureau. Jadi keputusan mereka bukanlah muktamad. Kalau ini adalah masalah claims examiner, syarikatlah yg perlu perbetulkannya.
PrudentialB** & beberapa syarikat lain sekarang bergerak ke arah guidelines yg diletakkan oleh pakar - Clinical Practice Guidelines. Maksudnya tahap admission, penyiasatan dan rawatan semakin lama mengikut "gold standard guideline" hospital kerajaan. Yang mana tidak perlu admit, penyiasatan dan rawatan yg berlebihan akan ditolak oleh insurans.
Saya harap anaknya itu cepat sembuh & ibubapa tidaklah bimbang lagi. PrudentialB** pun ada aspek yg perlu diperbaiki tentunya, dari segi PR dan komunikasi.
Dan tentunya agen perlu berkomunikasi lebih baik dengan customer. Masalah utama customer tersebut ialah "agennya tidak lagi aktif".

Credit To : Faiz Najmi
Categories: