Wasiat Atau Hibah
Posted by
Rizuan
on
Sunday, October 19, 2014
with
No comments
Apa itu Wasiat Atau Hibah?
Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua- dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Justeru kertas ini cuba mengupas isu-isu berkaitan
dengan hibah dan wasiat dari segi hukum hakam dan aplikasinya di Malaysia.
Maklumat lanjut boleh ke pautan seperti di bawah :
Untuk makluman, di AIA Public Takaful ada menyediakan khidmat hibah selain dari wasiat. Ini memudahkan proses pemberian hibah dimana pemberian pampasan boleh dilakukan dengan mudah agar penerima pampasan dapat menerima dengan hati yang senang. Proses pemberian hibah boleh dilakukan dengan pembahagian secara peratusan dari jumlah "Sum Covered" yang dibuat.
Sebagai contoh :
Pemberi Hibah membuat "SUM COVERED" sebanyak RM1 juta.
Semasa menandatangani polisi, pemberi hibah perlu menandatangani borang urusan hibah dimana jumlah pampasan boleh dibahagikan secara peratus.
- Isteri - 50% - jumlah RM500,000
- Bapa - 25% - jumlah RM250,000
- Ibu - 25% - jumlah RM250,000
Ini membolehkan pembahagian pampasan dibuat tanpa menggunakan proses wasiat dan penerima pampasan menerima dengan hati yang terbuka tanpa berlaku pergaduhan merebutkan harta yang ditinggalkan.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya agar penerangan secara lebih lagi dapat diberi.
Categories:
AIA PUBLIC TAKAFUL
0 comments :
Post a Comment