Pelakon "Isyarat Cinta" - Adi Putra disyaki terkena slipped disc

Posted by Rizuan on Monday, March 23, 2015 with No comments
Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..

Berita terkini dari laman web portal Berita Harian yang agak meresahkan peminat-peminat setia pelakon Adi Putra. Pelakon terbabit disyaki terkena slipped disc semasa sesi mempromosikan filem terbaru beliau - "Isyarat Cinta". Beliau telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur semalam.



Pautan dari portal Berita Harian Online :


Adi Putra disyaki terkena slipped disc


KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Adi Putra, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak atau slipped disc.
Finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 204) itu mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta di ibu negara, malam tadi.
"Saya diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital.
"Selepas diberikan suntikan tahan sakit, saya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.
"Saya tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan saya lalui hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI)
MRI," katanya yang dihubungi BH Online.
Justeru, Adi yang dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot, memohon maaf kepada peminat apabila terpaksa meninggalkan majlis promosi dalam keadaan tergesa-gesa.
"Sebelum ke majlis itu lagi saya rasa seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawab besar saya untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, saya kuatkan semangat untuk menghadirinya.
"Saya mengharapkan peminat mendoakan agar penyakit saya ini tidak kritikal dan Insya-Allah saya akan kembali bekerja apabila keadaan kembali pulih," katanya.

Mudah-mudahan Adi Putra tidak kritikal dan cepat sembuh agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sama-samalah kita mendoakan tentang kesihatan beliau.



Pautan dari post sebelum ini berkaitan Adi Putra :





Post saya sebelum ini ada memberitahu tentang pelan perlindungan yang diambil oleh Pelakon Adi Putra iaitu dari AIA Public Takaful. Mudah-mudahan sedikit sebanyak sumbangan beliau dan penyumbang-penyumbang takaful lain di AIA Public Takaful dapat meringankan bebanan bil perubatan hospital beliau.




Hubungi saya:
PM / Whatsapp / Telegram Rizuan 013-3704616
rizuan.aia@gmail.com
Atau PM ==> http://goo.gl/JzW5jS