Apakah pengecualian-pengecualian UTAMA perkara yang MEDICAL CARD TAK COVER?


Salam semua..

Saya seringkali diajukan soalan-soalan seperti ini dari klien-klien baru yang ingin mendapatkan pelan perubatan takaful dari AIA Public Takaful, Pada entri kali ni saya nak kongsikan beberapa pengecualian-pengecualian UTAMA perkara yang MEDICAL CARD AIA yang tak cover. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua. 


Pelan ini tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu daripada kejadian yang berikut:


  1. Penyakit Sedia Ada;
  2. Penyakit Tertentu;
  3. Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, dan juga keabnormalan fizikal neo-natal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran. Ini termasuklah segala jenis hernia dan epilepsi kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma yang berlaku selepas tarikh Orang Dilindungi menerima perlindungan secara berterusan di bawah Sijil ini dan sebarang keadaan-keadaan kongenital yang telah wujud atau didiagnosis sebelum Orang Dilindungi mencapai umur 17 tahun;
  4. Sebarang kecacatan yang disebabkan oleh kecederaan diri sendiri yang disengajakan atau sebarang percubaan mencederakan diri ketika siuman atau tidak siuman;
  5. Peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau mana-mana operasi seakan peperangan;
  6. Perkhidmatan dalam angkatan tentera dalam masa yang diisytiharkan atau tidak diisytiharkan perang atau semasa di bawah arahan operasi seakan peperangan atau pemulihan ketenteraman awam;
  7. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan;
  8. Kehamilan, keguguran atau kelahiran anak;
  9. Gangguan mental atau saraf, rawatan ketagihan alkohol, atau salah guna dadah atau apa-apa komplikasi lain yang timbul daripadanya atau apa-apa kemalangan disebabkan dadah yang tidak dipreskripsikan oleh doktor yang merawat;
  10. Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan (kecuali berkhatan yang disebabkan jangkitan), pemeriksaan mata/pembedahan elektif untuk gangguan visual disebabkan oleh rabun dekat, rabun jauh atau keastigmaan atau radius keratotomy; semua kaca pembetulan, kanta sentuh dan kanta intraokular (kecuali kanta-kanta intraokular mono-fokus dalam katarak) pembedahan atau penggunaan atau perolehan peralatan atau peranti prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, dan preskripsi-preskripsi yang serupa dengannya; Kosmetik atau pembedahan plastik atau apa-apa pembedahan elektif; Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian melainkan perlu dilalukan akibat kecederaaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti jambatan (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya;
  11. Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan pergigian melainkan perlu dilalukan akibat kecederaaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti jambatan (“bridges”) dan korona (“crowns”) atau penggantiannya;
  12. Kemasukan hospital terutamanya untuk tujuan-tujuan pemeriksaan, diagnosis, pemeriksaan X-ray, pemeriksaan-pemeriksaan fizikal atau perubatan umum, tiada kaitan dengan rawatan atau diagnosis Kehilangan Upaya Dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi Perubatan dan sebarang rawatan-rawatan pencegahan, ubat-ubatan atau pemeriksaan-pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, vitamin-vitamin/makanan-makanan tambahan dan rawatan-rawatan spesifik untuk penurunan atau penambahan berat;
  13. Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi Perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih;
  14. Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil ini, mengikut mana-mana yang terkini kecuali Kecederaan Dilindungi; 
  15. Sinaran pengion atau pencemaran oleh radioaktiviti dari sebarang tenaga nuklear atau sisa nuklear dari proses pembelahan nuklear atau dari sebarang bahan senjata nuklear.