Tertib Dalam Kewangan bagi Graduan Baru Bekerja

Posted by Rizuan on Tuesday, February 21, 2017 with No comments
Assalammualaikum W.B.T.. 

Sedikit perkongsian ilmu tertib kewangan baru graduan yang baru bekerja..


TERTIB DALAM KEWANGAN

1. Tidak ramai yang ikut susun atur dalam kewangan, ramai yang ikut suka mereka, jaga-jaga sebelum hutang terbina dengan lebih banyak, atur semula kewangan kita.

2. Tidak ramai yang kisah kan Dana kecemasan, mereka beranggapan dana kecemasan mereka adalah mak, ayah, Adik beradik dan kawan-kawan (pinjam duit). Ubah persepsi, dana kecemasan itu adalah dari usaha kita sendiri.

3. Tidak ramai anak muda kisahkan perlindungan mereka, kata mereka, company 'jaga' mereka. Jaga-jaga tidak semua company 'sayang' pekerja dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar kini, bila-bila masa mereka boleh buang kita 

4. Mula kan pelaburan yang kecil untuk jangka masa yang singkat dalam 3-5 tahun. Ini adalah untuk bina simpanan secara paksa, jika tidak, kita asyik gatal tangan dok survey trivagogo. 

5. Sedang kita melabur, simpanan kecemasan jangan  terhenti setakat 6 bulan gaji sahaja. Tingkat kan lagi jadi 12 bulan gaji pula. Jika di tempat kerja kena capai target, dalam kewangan kita juga mesti target yang kita boleh capai dengan usaha

6. Beli kereta biasa-biasa, kita bukan tak pandai nak drive kereta memahal tu, kita kasi 'chance' orang lain pakai dulu. Esok lusa rezeki kita pula merasa

7. Mula pelaburan jangka masa sederhana seperti Unit trust - EPF akaun 1. Ia makan masa dalam 5-10 tahun. Saham sekarang banyak yang jatuh, kita ambil peluang 'shopping' lebih banyak unit lagi. Harga tengah murah.

8. Satu masa apabila simpanan kita capai target yang kita nak. Anda gunakan lah sebaiknya. Beli Rumah pertama, kahwin, menunaikan umrah atau travel bersama tersayang. 

9. Bina pula pelaburan jangka masa panjang untuk cipta Dana Pencen kita. Tua lambat lagi tapi tidak salah jika kita merancang dari sekarang.

10. Bila aset sudah terbina, mula lah apply wasiat/ hibah. Ajal kita tak tahu bila, ini sebahagian persediaan kita sebelum kita ke sana.

Anda punya cara yang lebih baik? Lakukan lah.

Jom SHARE untuk bacaan bersama

Credit to : syafieqahalya

Categories: