"Most Outstanding Takaful Product" - Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2012,2014

  • "REAL LIFE COMPANY"

    AIA Public Takaful Berhad adalah syarikat perlindungan perubatan dan pelaburan yang berlandaskan syariah..

  • Perlindungan Perubatan

    Perlindungan limit tahunan yang tinggi, tiada Ko-Takaful, tiada limit seumur hidup dan beberapa manfaat lain antara sebab mengapa anda perlu mempunyai perlindungan dari syarikat kami..

  • Pelaburan

    Pulangan pelaburan yang tinggi dan rendah risiko antara sebab ramai mempercayai syarikat kami...

Monday, 6 May 2019

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1440H


Assalammualaikum semua.. 😊

Selamat menjalani ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadhan buat semua.. Semoga Ibadah Ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih dberkati oleh Allah buat kita semua.. Dan semoga Allah buka seluas-luasnya pintu rezeki buat kita.. Aamiin 🤲

✅Semoga Allah sucikan hati kita
✅Allah terima amal ibadat kita dlm bulan Ramadhan yg Mulia ini.
✅Semoga kita dlm kasih syg Allah & dipelihara kebaikan oleh Allah
✅Semoga silaturrahim berkekalan
                      🤲 Aamiin 🤲

Dengan rendah diri, saya Rizuan ingin memohon maaf pada semua 🙏🏻 jika ada salah & silap tanpa sedar sepanjang menjadi Life Planner anda selama ini.

Salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat  Menjalani Ibadah Puasa ❤

Friday, 26 October 2018

PELUANG KERJAYA!! Jom sertai kami sekarang

Peluang Kerjaya:-


KUALA LUMPUR / JOHOR BAHARU / PENANG / SELANGOR/TAWAU.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahteraa.

"PELUANG PEKERJAAN"
(Jawatan Sebagai Perunding Takaful)

-ELAUN dan KOMISYEN yang LUMAYAN
-Terbuka kepada ki semua yang berumur 25-36tahun
-SPM (
 kerja dalam bidang jualan & perbankan diutamakan)
-Masa yang FLEKSIBEL
-Elaun Sebulan RM 3,000 sehingga RM9,000 (Terma & Syarat) tidak termasuk komisyen tambahan (UNLIMITED)
-Percutian ke Luar Negara secara PERCUMA

Berminat? Jom sertai kami:
di KL Imtiyaz Al-Fateh Empire
AIA PUBLIC TAKAFUL BERHAD
34N-2-3,Jalan Wangsa Delima 6,
Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

anda juga boleh memohon dengan menghantar resume anda ke rizuan.aia@gmail.com

Juga, boleh hubungi admin:

013.370.4616

Whatsapp ke http://rizuanamat.wasap.my

#imtiyazalfatehempire
#peluangkerjaya
#mdrt
#trive2018
#team
#joinus

PERCUMA!!!! Dapatkan Garmin VivoFit 4 skrg!!

Assalammualaikum W.B.T & salam sejahtera..

PERHATIAN!!

Dapatkan GARMIN VIVO FIT 4 secara PERCUMA jika anda mendaftar pelan perubatan berserta pelan pelaburan (A-Life Link-i) sebelum/pada 31 OKTOBER 2018. Tiada limit kuota. Sesiapa sahaja layak automatik dengan mendaftar pelan ini. 



Untuk penerangan lanjut, boleh hubungi saya.

Sekian,
Rizuan Amat
013.370.4616
https://besttakaful4you.blogspot.my

Saturday, 28 July 2018

AIA cover 39 penyakit kritikal

Assalammualaikum W.B.T...

BERITA BAIK!! Kami telah memperluaskan perlindungan penyakit kritikal sedia ada dari 36 jenis penyakit kritikal kepada 39 jenis penyakit kritikal tanpa dikenakan caj tambahan.



3 penambahan perlindungan penyakit kritikal tersebut adalah:

1. Full Blown AIDS
2. Occupationally Acquired Human
3. Systems Lupus Erythematosus Severe Kidney Complications



Jadi yang belum memiliki Kad Perubatan jangan tangguh lagi. Hubungi ejen AIA Public Takaful berdaftar hari ini.

Whatsapp :
Rizuan Al-Fateh 0133704616
https://besttakaful4you.blogspot.my

#aiapublictakaful #aia #alfatehempire #besttakaful4you #rizuanamat

Saturday, 14 July 2018

Hadirkan diri di taklimat peluang kerjaya kami!!

Peluang kerjaya!!!!!!!!!!

Berminat nak tau kerjaya sebagai AIA Life Planner?

✅ Elaun RM3,000 fresh fraduate
✅ Elaun RM4,500 pengalaman dalam sales
✅ Elaun RM9,000 pengalaman dalam takaful/insurance industry

✅ komisyen dari setiap jualan
✅ Elaun tambahan RM3,000 promotion

Carreer sharing!!

21 Julai 2018
Al-Fateh Empire, Wangsa Maju
9AM

28 Julai 2018
Menara AIA Klang
9AM

Nak tahu detail boleh Pm saya  @ Whatsapp

Rizuan
013.3704616
rizuan.aia@gmail.com

Tunjuk ajar akan diberikan.





Saturday, 16 June 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada kesempatan  bulan yang mulia ini, saya seisi  keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Semoga Allah menerima segala amalan kita dengan rahmatNya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Daripada,
Rizuan.. 😊🕌

,آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Wednesday, 23 May 2018

Medical Card Pakej Keluarga dilanjutkan sehingga 31 May 2018


Assalammualaikum W.B.T & salam sejahtera..

PERHATIAN!!
Utk pengetahuan semua, secara official aia telah maklumkan bahawa, produk med card (pakej family) akan dilanjutkan sehingga 31 May 2018. Selepas dr tarikh tersebut tiada lagi penerimaan untuk sebarang permohonan baru.

Jika masih berminat dengan plan med card (pakej family) , diharap tuan/puan menghubungi sy secepat mungkin utk permohonan baru. Jika ada adik-beradik, saudara-mara, kenalan yg ingin memohon pelan ini, sila panjangkan info ini kepada mereka..

Semoga dipermudahkan urusan anda semua nnti..

Sekian,
Rizuan Amat
013.370.4616
https://besttakaful4you.blogspot.my

Thursday, 17 May 2018

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1439H





Assalamualaikum ...
Salam Ramadan AlMubarak... 

Saya dengan rendah hati memohon maaf atas segala kesilapan, keterlanjuran kata2 dan perbuatan kepada semua  dan juga mengambil kesempatan ini mengucapkan :
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN 1439 H 

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا 
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّق

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَا وَ مِنْكُمْ صِياَمَنَا وَ صِيَامَكُمْ كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ

 Semoga segala amal ibadat kita dibulan Ramadhan mendapat rahmat dari Yang Maha Esa, aamiiin... 

Ikhlas :
Rizuan

Monday, 25 December 2017

TAWARAN SEHINGGA JANUARI 2018!! MOHON SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!!

Assalammualaikum W.B.T & salam sejahtera..



Utk pengetahuan semua, secara official AIA telah maklumkan bahawa, produk standalone medical card (A-LifeMedRegular-i) akan ditamatkan pada bulan Januari 2018. Bermula 5 Februari 2018 tiada lagi penerimaan untuk sebarang permohonan baru bagi pelan tersebut. Bagi pelan investment link plan, produk berjalan seperti biasa.



Jika masih berminat dengan plan standalome med card, diharap tuan/puan menghubungi saya secepat mungkin utk permohonan sebelum ditutup permohonan pada bulan Januari nanti. Jika ada adik-beradik, saudara-mara, kenalan yang ingin memohon pelan ini, sila panjangkan info ini kepada mereka..



Semoga dipermudahkan urusan anda semua nnti..

Sekian..


 Sebut Harga percuma

ATAU

 Whatsapp sekarang


Saturday, 15 April 2017

Kenal pasti perlindungan anda sebelum mencarum dalam takaful

Assalammualaikum W.B.T..
Sedikit perkongsian ilmu tentang yang baru ingin mencarum pelan takaful dr En Mohd Zulkifli Shafiee. Moga perkongsian memberi sedikit manfaat kepada yg di luar sana.

Bila orang tanya saya pasal takaful, saya syorkan dia rujuk terus ejen takaful sebab ejen lebih pakar tentang PRODUK yang ada dalam market. Saya bukan pakar pasal insuran dan takaful tapi saya ada pengalaman 10 tahun audit dalam industri tersebut. Pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya bila nak ambil insuran (takaful) untuk diri sendiri.
Cuma pada saya, persoalan paling penting yang kita perlu tahu bila nak ambil insuran (takaful) untuk diri sendiri; (1) Apa jenis perlindungan yang kita perlu?, (2) Berapa jumlah perlindungan untuk setiap jenis?, dan (3) Berapa bayarannya?. Bila dah bersedia dengan jawapan untuk persoalan no. 1 dan no. 2, barulah minta ejen berikan quotation ikut KEPERLUAN kita sendiri, bukan ikut ‘keperluan’ ejen. Walaupun ejen selalu cadangkan bermacam-macam produk, tetapi saya akan tolak ke tepi produk yang bukan keperluan saya.

Fahami Polisi Sebelum Melanggan

Takaful tujuannya ialah PERLINDUNGAN, bukan SIMPANAN. Jadi bila ambil takaful, semak betul-betul apa yang dia cover, dan apa yang tak cover. Tak ada pelan takaful yang cover segala-galanya.
Kalau ejen cakap “TAK ADA LIMIT”, sila fahamkan apa yang dimaksudkan “tak ada limit” itu. Saya ulang lagi sekali, tak ada pelan takaful yang cover segala-galanya. Ia pasti ada LIMIT.
Kalau bayar sahaja tiap-tiap bulan tapi tak pernah semak pun polisi takaful yang kita bayar, itu membazir namanya. Bila berlaku musibah, barulah nak marah-marah ejen dan syarikat takaful sebab tak cover. Sedangkan kita sendiri tak pernah ambil CAKNA tentang polisi kita sendiri.

4 Jenis Perlindungan Takaful

Biasanya produk takaful ada empat (4) jenis perlindungan utama.

#1 – Kemalangan Diri

Ia cover kes kematian & lumpuh kekal yang disebabkan kemalangan sahaja. Kalau bukan disebabkan kemalangan, ia tak cover. Ia perlindungan paling murah. Duit pampasan itu penting untuk ahli waris meneruskan hidup dan melangsaikan hutang kita (kalau ada) bila mereka hilang sumber kewangan dengan ketiadaan kita.

#2 – Medical Card

Ia cover bil hospital sahaja samada disebabkan jatuh sakit atau rawatan disebabkan kemalangan. Apa yang perlu kita tahu, kalau majikan dah cover tetapi kita masih ambil medical card, kita cuma boleh claim salah satu daripadanya sahaja. Kalau ada dua (2) medical card, yang boleh digunakan hanyalah satu sahaja untuk satu bil hospital yang kita terima.

#3 – Penyakit Kritikal

Pampasan akan dibayar terus kepada kita bila disahkan penyakit kritikal. Ia bukan untuk bayar bil hospital. Dengan duit itu kita boleh gunakan untuk rawatan, perbelanjaan hidup atau apa sahaja. Kalau kita ambil dua (2) polisi sekaligus, kita boleh claim dari kedua-duanya sekali.

#4 – Kematian & lumpuh kekal apa sahaja punca (termasuk kemalangan)

Tujuannya sama macam polisi kemalangan diri, cuma ia cover APA SAHAJA PUNCA kematian dan lumpuh kekal, samada disebabkan kemalangan atau disebabkan penyakit. Bezanya, polisi ini lebih mahal dari kemalangan diri.

Berapa Perlindungan Perlu Diambil?

Sebenarnya kita boleh ambil berapa besar perlindungan yang kita mahu, asalkan kita mampu bayar polisi tersebut. Lagi besar perlindungan, maka lagi mahal sumbangan yang kita perlu bayar setiap bulan. Tak ada istilah syarikat takaful A lebih murah dari takaful B. Murah atau mahal itu biasanya bergantung bagaimana syarikat itu desian produk mereka. Kalau syarikat yang masukkan serba serbi dalam satu polisi (seperti 3 dalam 1), maka duit yang perlu kita bayar setiap bulan lebih mahal, sedangkan perlindungannya kecil sahaja.
Sebab itu kita kena tahu, apa tujuan kita membayar takaful dan apa perlindungan yang kita mahu.
Dari sudut bajet peribadi, pada saya 5% daripada pendapatan perlu kita peruntukkan untuk bayar perlindungan takaful. Walaupun ejen selalu nasihatkan 10%, tapi bagi saya 5% sudah memadai. Dengan bajet 5% itu, gunakan sebaik mungkin untuk dapatkan polisi yang tepat supaya dalam maksimumkan perlindungan dan tidak membazir.
Masa pendapatan kecil, ambil polisi dengan perlindungan yang kecil dahulu. Bila pendapatan sudah membesar, tambah polisi lain untuk TOP-UP perlindungan sedia ada. Lagi awal, lagi bagus sebab bayaran bulanannya lebih rendah. Lagi lambat, lagi mahal sebab umur makin bertambah.

4 “Jangan” Sebelum Ambil Takaful

Untuk dapatkan nasihat tentang takaful, sila rujuk terus kepada ejen takaful masing-masing. Jadikan nasihat saya ini sebagai garis panduan supaya kita dapat buat keputusan yang betul demi ‘poket’ kita, bukan ‘poket’ ejen. Nasihat saya, sila pastikan 4 “JANGAN” sebab bajet kita agak terhad;
  1. Jangan ambil perlindungan yang kita tak perlu.
  2. Jangan cover berlebih-lebihan sebab nanti bayaran mahal dan membazir.
  3. Jangan terlalu rendah nilai perlindungan hingga tak membantu bila berlaku musibah.
  4. Jangan jadikan takaful sebagai platform untuk SIMPAN DUIT. Ia adalah perlindungan, bukan simpanan. Duit yang kita bayar tu, anggaplah ianya sedekah 100%.
Ini sahaja tips umum yang saya pakai tentang takaful. Selebihnya kena berbincang dengan ejen. Sahabat yang jadi ejen takaful, boleh tambah point saya pada bahagian ruangan komen di bawah ini sebagai panduan. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk pembaca, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Credit to : Zulkifli Shafiee