Multi Million Dollar Agency - Imtiyaz Consultancy
Bagi sesiapa yang ingin menyertai agensi ini sebagai Takaful Planner, boleh lah hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut.
AIA Public Takaful Berhad adalah syarikat perlindungan perubatan dan pelaburan yang berlandaskan syariah..
Perlindungan limit tahunan yang tinggi, tiada Ko-Takaful, tiada limit seumur hidup dan beberapa manfaat lain antara sebab mengapa anda perlu mempunyai perlindungan dari syarikat kami..
Pulangan pelaburan yang tinggi dan rendah risiko antara sebab ramai mempercayai syarikat kami...
Perlindungan seumur hidup sehingga umur 100 tahun. Saya rasa telah banyak syarikat takaful lain juga telah mula menyediakan perlindungan hingga umur 100 tahun ini. So sekarang anda tak perlu bimbang lagi, andai ditakdirkan anda hidup hingga umur 100 tahun, insyaAllah AIA takaful masih memberi perlindungan ke atas diri anda.
Di AIA Public Takaful, insyaAllah 100% bil hospital akan dibayar sepenuhnya oleh pihak syarikat. Menarik bukan? Yela.. dah la kita sakit nak masuk hospital, bila dengar kena bayar lagi 10%, bertambah sakit la kita.. Hehe.. 
Bagi pemegang polisi AIA Public Takaful, mereka akan diberikan kad magnetik 14 digit seperti kad kredit, bagi memudahkan proses kemasukan ke hospital. Kebiasaaannya, proses kemasukan wad di hospital memerlukan masa menunggu yang lama bagi mendapatkan GL (Guarantee Letter) dari pihak syarikat pengendali takaful. Tetapi di AIA, ia memudahkan pemegang polisi dengan memberi kemudahan kemasukan mendapatkan rawatan dahulu di hospital tanpa menunggu lama dalam proses mendapatkan GL. Pihak hospital akan "swipe" kad perubatan AIA di kaunter seperti mana "swipe" kad kredit bagi kemasukan hospital adan jika tiada masalah dengan polisi, maka kemasukan hospital adalah dijamin masuk dengan kadar segera. Selalunya, jika tiada masalah bayaran dibuat oleh pemegang polisi, seperti "lapsed payment", maka tiada masalah untuk kemasukan ke hospital.
Bagi pemegang polisi AIA Public Takaful, keutamaan akan diberikan dalam mendapatkan rawatan di hospital-hospital panel yang telah di senaraikan oleh pihak syarikat. Seperti di hospital Glenegles misalnya, papan tanda "Priority" telah di letakkan bagi membuktikan / menunjukkan bahawa syarikat kami telah diberikan sedikit kelebihan untuk pemegang polisi takafulnya mendapatkan rawatan di sini. Biasanya, hal sebegini disebabkan oleh kebolehpercayaan hospital dengan pengendali takaful, dimana salah satunya adalah latar belakang syarikat yang telah dikenali jenamanya dan tiadanya masalah dalam proses bayaran kos perubatan kepada pihak hospital.
Copyright ©
Perlindungan Takaful Mampu Milik Untuk Semua
Disclaimer :
This blog is intended only for the use of the individual or entity named above and may contain information that is confidential and priveledged.Any unauthorised dissemination, distribution or copying without any permission is strictly prohibited. Thanks You